102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji

102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji
link : 102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji

Baca juga


102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji





Umat Islam di negara ini yang baru mendaftar dengan Tabung Haji (TH) pada tahun ini untuk ibadat haji  ke tanha suci, perlu menunggu giliran sehingga 102 tahun.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, mengingatkan umat Islam yang sudah lama mendaftar untuk menunaikan rukun Islam kelima iyu supaya tidak  tergesa-gesa untuk mengeluarkan semua simpanan hanya dengan mendengar tohmahan pembangkang yang mendakwa institusi itu muflis.

“Ketika ini ada kira-kira 2.5 juta umat Islam di Malaysia mendaftar untuk menunaikan haji. Jadi sesiapa yang mengeluarkan semua simpanan dalam Tabung Haji dan selepas itu simpan balik, mereka perlu daftar semula dan menunggu 102 tahun lagi untuk ke tanah suci.

“Ini pernah berlaku di mana seorang penyimpan berusia 62 tahun yang sudah sampai giliran untuk naik haji tiba-tiba mengeluarkan semua simpanan selepas terpengaruh dengan dakyah kononnya Tabung Haji muflis.

“Bila sedar dakyah itu tak betul dia simpan semula duit dalam Tabung Haji tetapi giliran asal untuk menunaikan haji tak dapat balik, kena tunggu hingga umur 164 tahun,” katanya dalam Majlis Ziarah Kasih Yayasan Tabung Haji dan Biro Keahlian Daftar Pengundi UMNO bagi Parlimen Kimanis di Bongawan, Sabah, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Datuk Mohamad Alamin.

Abdul Azeez berkata, umat Islam di negara ini perlu bersyukur dengan usaha kerajaan memastikan mereka dapat menunaikan ibadat haji termasuk mendapatkan kuota haji tambahan bagi mengurangkan tempoh menunggu.

“Tahun ini kuota haji bertambah kepada lebih 30,000 berbanding hanya 22,000 pada tahun lalu. Kerajaan juga mengekalkan subsidi haji RM9,570 seorang dan untuk tahun ini saja jumlah subsidi menunaikan haji ditanggung kerajaan ialah RM230 juta,” katanya.

Pada majlis itu, Abdul Azzez menyampaikan sumbangan daripada UMNO dan Yayasan Tabung Haji kepada 1,003 orang golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan termasuk 750 orang asnaf.

Katanya, Parlimen Kimanis ialah lokasi kedua di Sabah selepas Beaufort pagi tadi dan ke-51 di seluruh negara program Ziarah Kasih bertujuan meringankan beban umat Islam membuat persediaan perayaan Aidilfitri.

Di Beaufort, Azeez mengagihkan bantuan sebanyak RM300,000 kepada 1000  golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya yang terpilih.

Jelajah program itu diteruskan di Penampang dan Kota Belud petang ini sebelum ke Sandakan dan Semporna, esok.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rM3TL1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel 102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji

Sekianlah artikel 102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 102 Tahun Tempoh Tunggu Giliran Haji dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/102-tahun-tempoh-tunggu-giliran-haji.html

Subscribe to receive free email updates: