Judul : 5 Benda Yang Wajib Dilakukan Sempena Aidilfitri Tahun Ini
link : 5 Benda Yang Wajib Dilakukan Sempena Aidilfitri Tahun Ini
5 Benda Yang Wajib Dilakukan Sempena Aidilfitri Tahun Ini
Akhirnya, Ramadhan yang dinanti-nanti tiba jua. Macam mana dengan puasa korang? Ada yang dah ponteng ke? Ish,ish,ish. Dah besar dah takkan puasa pun tak boleh cukup sebulan kan? Pejam celik pejam celik, tup-tup dah sebulan kita berpuasa dan Syawal pun menjelma. Mesti anda semua excited nak balik kampung berhari raya tahun ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri kan?
Abang Nara Insya Allah tahun ini akan beraya di Melaka, kampung sebelah isteri tercinta. Untuk memastikan Aidilfitri di kampung tahun ini lebih meriah, lebih ceria dan lebih gembira, Abang Nara dan isteri dah siapkan senarai beberapa perkara yang akan kami lakukan sepanjang Syawal ini. Panjang lebar senarainya. Nak kongsi satu persatu memang sampai raya haji tak habis. Jadi izinkan Abang Nara kongsikan 5 perkara yang confirm kami akan lakukan untuk meriahkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.
1. Pakai baju raya sedondon
Tahun lepas tema kami sekeluarga ialah warna biru seperti di atas. Tahun ini kalau tak silap temanya warna gold. Fuh!!! Tak sabar nak tunggu baju raya kitaorang siap. Confirm kami akan nampak extra hensem, extra cun dan extra bergaya di pagi raya kelak.
2. Main bunga api
Tiada apa yang lebih menggembirakan dan menceriakan hati mak bapak selain melihat keletah anak-anak bermain bunga api di malam raya. Seronok tengok diorang berlari sana-sini sambil tangan memegang bunga api. Mak ayah pula sambil memantau anak bermain bunga api, sambil berborak dengan sanak saudara. Bersembang tanya khabar, berpeluk-pelukan dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa serta mengambil gambar untuk dijadikan memori.
3. Makan Pizza Hut Loaded Pockets
Ok secara jujur, pada mulanya Pizza Hut Loaded Pockets ini memang tidak termasuk di dalam senarai benda-benda wajib yang Abang Nara ingin lakukan sempena hari raya kelak. Akan tetapi, baru-baru ini Abang Nara telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Pizza Hut Loaded Pockets di Pavilion KL yang turut sama dihadiri pelakon jelita, Nur Fathia.
Dengan cebisan ayam bersos manis berempah, bawang, lada benggala, nenas dengan keju cheddar di kerak berinti ayam dan cendawan berkeju, Pizza Hut Loaded Pockets ini memang membangkitkan selera makan sesiapa sahaja. Ketika Abang Nara menyuapnya ke dalam mulut buat pertama kali, memang terdiam dibuatnya. Lazat sangat-sangat. Abang Nara dan semua tetamu yang hadir tak dapat berhenti merasai kesedapan menu terbaru dari Pizza Hut ini.
Untuk makluman, kesedapan Loaded Pockets ini hanya boleh dinikmati secara dine in sahaja bermula 11 Mei sehinga 21 Julai 2017 ini. Tak boleh nak delivery. Jadi Ramadhan dan Aidilfitri ini adalah masa terbaik untuk mengajak kaum keluarga, kawan-kawan dan saudara-mara ke Pizza Hut untuk mencuba Loaded Pockets. Confirm semua orang akan gembira dan berpuas hati dapat merasai kelazatan menu terbaru Pizza Hut ini.
Tengah-tengah syok makan tue, Abang Nara terdengar seseorang berkata Loaded Pockets nie kalau kita makan beramai-ramai time malam raya sedap jugak gak kan?. Ya Allah genius sungguh kata-kata manusia misteri itu. Terus Abang Nara dapat idea dan Whatsapp isteri tercinta suruh masukkan Pizza Hut Loaded Pockets ini ke dalam list benda wajib dilakukan ketika balik berhari raya di kampung kelak.
Abang Nara dah boleh bayangkan keseronokan berborak sambil mulut masing-masing menyuap Pizza Hut Loaded Pockets di Pizza Hut. Confirm makcik pakcik, sepupu sepapat, anak-anak saudara semuanya akan gembira dan paling penting, kekenyangan menjamu selera. Yang pasti, Abang Nara nak ajak seisi keluarga untuk mencuba Loaded Pockets ini sebagai juadah berbuka puasa. Baunya sahaja dah cukup untuk membuka selera sesiapa sahaja. Sesuai sangat dengan taglinenya juadah beraneka memikat selera di bulan mulia. Abang Nara pasti semua akan terpikat dan jatuh cinta dengan keenakannya.
Abang Nara yakin ramai yang meleleh air liur dan tak sabar nak mencuba Pizza Hut Loaded Pockets ini. Apa kata untuk berbuka puasa hari ini, ajak rakan-rakan, awek-awek, pakwe-pakwe dan kawan sepejabat ke Pizza Hut untuk mencuba Loaded Pockets ini. Berbuka puasa kena beramai-ramai. Barulah seronok. Yang penting, Loaded Pockets didatangkan dengan banyak pilihan yang beserta penjimatan yang sangat awesome. Boleh tengok kesemua pilihan yang ada di sini. Antaranya ialah:-
Jadi Insya Allah raya tahun ini Abang Nara akan buat kelainan sedikit dengan membawa sanak-saudara menjamu Loaded Pockets di Pizza Hut. Tak sabar rasanya nak makan bersama-sama mereka. Sambil mulut menikmati keenakan Loaded Pockets, sambil mengeratkan hubungan silaturahim dan bertanya khabar. Sekali sekali buat sesuatu yang unik di Aidilfitri ini apa salahnya kan? Maklumat lanjut tentang Pizza Hut Loaded Pockets ini boleh layari http://ift.tt/2suu62e dan juga Facebook Pizza Hut Malaysia.
4. Kuih raya
Walaupun akan bawa sanak saudara dan kaum keluarga mencuba Pizza Hut Loaded Pockets di Pizza Hut, kuih raya janganlah dilupa. Janganlah balik ke kampung dengan tangan kosong. Kesian nenek-nenek dan makcik-makcik kita dah bersusah payah hias rumah, tukar langsir baru dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita bawak balik kuih raya pun dah cukup bagus. Bolehlah dihidangkan untuk para tetamu yang hadir. Antara kuih raya feveret Abang Nara ialah almond london, kuih tart, kuih samprit, kuih sarang semut, kuih batang buruk dan rempeyek. Fuh kecur air liur dibuatnya.
5. Duit raya
Tidak boleh dinafikan pemberian duit raya sudah menjadi satu tradisi yang memeriahkan, menceriakan dan mengembirakan hati para penerimanya terutama kanak-kanak. Tahun ini awal-awal lagi Abang Nara dah letak tepi bajet duit raya untuk anak-anak, sepupu-sepapat dan juga budak-budak yang datang beraya. Cuma ada satu masalah je iaitu sampul raya masih tak dicari. Nanti last-last minute mesti kelam kabut dibuatnya. Hehehe.
Itulah 5 benda yang Abang Nara akan lakukan untuk Aidilfitri tahun ini. Korang pulak camner? Mesti dah ada plan masing-masing kan? Meh kongsikan di ruangan komen. Mana tahu kot-kot ada senarai yang best dan unik.
Sumber: Beautifulnara
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUOpIZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel 5 Benda Yang Wajib Dilakukan Sempena Aidilfitri Tahun Ini
Anda sekarang membaca artikel 5 Benda Yang Wajib Dilakukan Sempena Aidilfitri Tahun Ini dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/5-benda-yang-wajib-dilakukan-sempena.html