Judul : Alami Kecederaan Pada Anggota Badan Yang Perlu ‘Disimen’, Ini Penjagaan Kas ‘Plaster of Paris’ Yang Harus Dititik Beratkan
link : Alami Kecederaan Pada Anggota Badan Yang Perlu ‘Disimen’, Ini Penjagaan Kas ‘Plaster of Paris’ Yang Harus Dititik Beratkan
Alami Kecederaan Pada Anggota Badan Yang Perlu ‘Disimen’, Ini Penjagaan Kas ‘Plaster of Paris’ Yang Harus Dititik Beratkan
Namun begitu, mungkin ramai di antara kita tidak mengetahui akan penjagaan yang harus di ambil serius sekiranya kecederaan tersebut disimen.
Menerusi perkongsian dari seorang jururawat, iaitu saudara Mohamad Azrin yang berkongsi kembali akan penjagaan ‘plaster of paris’ (POP), dari penulisan Penolong Pegawai Perubatan, iaitu saudara Harith Baharuddin, sedikit sebanyak memberi kita kesedraan akan pentingnya untuk ‘menjaga’ POP ini.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Penjagaan Pemakaian Kas Plaster Of Paris (POP) / SIMENSumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
"POP” adalah satu singkatan yang sinonim dalam bidang perubatan sama ada dalam negara atau luar negara. Amnya, ia diguna pakai di bawah Jabatan Orthopedik (bahagian tulang) dan aplikasi pemasangan POP ini diterajui oleh profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang mana ilmu ini telah di terapkan kepada setiap PPP sejak pelatih lagi.
Pada istilah orang awam, POP lebih di kenali dengan istilah “simen” kerana cara pembuatan dan hasil daripada prosedur ini akan menghasilkan satu kas yang kuat dah keras. Indikasi utama bagi aplikasi kas POP ini adalah untuk :
Penjagaan selepas aplikasi POP adalah amat penting dan kebanyakan pesakit tidak mengendahkannya dan akhirnya ia akan menyebabkan tujuan utama aplikasi kas ini tidak tercapai malah akan mendatangkan komplikasi.
Tambahan lagi, perkara yang paling penting sebelum, semasa dan selepas pemakaian kas POP ini adalah berdasarkan 5 prinsip berikut yang dinamakan sebagai 5P (Pain, Pallor, Paraesthesia, Pulselessnes dan Paralysis).
1. Datang segera ke hospital semula jika berlaku komplikasi ataupun plaster retak, pecah atau basah – elakkan daripada mendapat komplikasi.
2. Elakkan daripada berdiri dan mengenakan berat badan pada kas dalam masa 48 jam selepas pemakaian – kas akan menjadi rosak kerana belum kering sepenuhnya.
3. Ampu dan letak anggota yang dipasang kas atas bahan lembut semasa proses pengeringan kas – bagi mengelakkan kas menjadi bengkok.
4. Tinggikan anggota yang berplaster apabila sedang duduk atau baring – bagi melancarkan peredaran darah.
5. Jangan gunakan “hair dryer” untuk mengeringkan kas POP sebaliknya biarkan ia kering sendiri dengan udara biasa – akan merosakkan struktur kas dan mendatangkan komplikasi pada kulit pesakit
6. Pastikkan kas POP sentiasa kering – elakkan daripada kas basah yang mana akan menyebabkan kas rosak dan prinsip “immobilization" tidak tercapai.
7. Jangan kotorkan atau menconteng pada kas POP – sumber jangkitan.
8. Jangan membuang bahagian dalam kas (orthoban) atau menyimpan sesuatu di dalamnya- sumber jangkitan dan merosakkan kas.
9. Lakukan senaman ringkas dengan melatih pergerakkan anggota yang tidak berada di dalam kas – elakkan kekakuan sendi dan otot
Jika kas POP ini tidak dijaga dengan baik dan diabaikan kebersihannya, ia akan menyebabkan beberapa komplikasi. Antaranya ialah “pressure sore”, “skin blistering” , kegatalan , sakit, pembengkakan dan sebagainya.
Penjagaan pemakaian kas POP perlulah diikuti agar anda tidak memperoleh komplikasi dan seterusnya akan hanya menyebabkan diri anda menjadi lebih merana.
(Artikel ini ditulis oleh Harith Baharuddin, seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 di Hospital Melaka.)
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sa5kqm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Alami Kecederaan Pada Anggota Badan Yang Perlu ‘Disimen’, Ini Penjagaan Kas ‘Plaster of Paris’ Yang Harus Dititik Beratkan
Anda sekarang membaca artikel Alami Kecederaan Pada Anggota Badan Yang Perlu ‘Disimen’, Ini Penjagaan Kas ‘Plaster of Paris’ Yang Harus Dititik Beratkan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/alami-kecederaan-pada-anggota-badan.html