Judul : Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta
link : Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta
Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta
Arab Saudi baru-baru ini menahan seorang aktivis wanita yang tidak lama dulu mencabar undang-undang negara itu yang melarang golongan wanita memandu kereta.
Loujain al-Hathloul ditahan Ahad lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahad di Dammam, sebelum menaiki penerbangan ke Riyadh di mana beliau dijangka disoal siasat oleh Biro Penyiasatan dan Pendakwaan Arab Saudi.
Dalam reaksinya, pertubuhan hak asasi antarabangsa Amnesty International berkata penahanan Loujain hanya memberikan isyarat jelas yang negara itu tidak berminat mempertahankan hak asasi dan kesamaan antara manusia.
“Beliau tidak dibenarkan berhubung dengan peguam atau ahli keluarga. Tujuan utama penahanannya masih tidak diketahui, tetapi Amnesty International percaya ia berkait dengan aktivisme kemanusiaannya.”
Pada November 2014, Loujain cuba memandu kenderaan dari UAE ke Arab Saudi, sebelum ditahan selama lebih 2 bulan, sebagai usaha mencabar pengharaman wanita memandu kenderaan.
Negara yang masih terikat dengan ajaran aliran Wahabi itu menguatkuasakan peraturan itu atas alasan menjaga maruah dan keselamatan golongan itu, di samping mewajibkan seseorang wanita ditemani muhrim dalam sesuatu perjalanan.
Arab Saudi baru-baru ini dilantik sebagai salah sebuah 45 negara anggota Suruhanjaya Status Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengundang rasa terkilan pelbagai pihak disebabkan rekod buruk negara itu dalam soal melibatkan hak dan layanan terhadap wanita. - FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFeZ69
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta
Sekianlah artikel Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/arab-saudi-tahan-aktivis-wanita-cabar.html