Saban tahun kita diingatkan tentang kelebihan ­lailatulqadar. Macam biasa, ada yang memberi perhatian dan ramai juga yang buat-buat tidak tahu. Pendek kata, hanya mereka yang beriman menyakini ganjaran pahala berlipat-ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Kita doakan mereka yang masih alpa dan mensia-siakan peluang hidup dalam 10 terakhir Ramadan agar mendapat hidayah Allah SWT dan berubah.

Untuk kita, mari contohi Rasulullah SAW dalam beribadat untuk mencari malam al-qadar. Nabi SAW menasihatkan umatnya untuk mencari lailatulqadar pada penghujung 10 malam Ramadan berdasarkan sabda baginda yang bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada 10 terakhir Ramadan.” (Muttafaq ‘alaih).

Daripada 10 malam terakhir itu, baginda memperinci lagi kepada malam-malam ganjil. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam ganjil di 10 hari terakhir Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

Kalau kita perhatikan, dalam kedua-dua hadis di atas, dimulakan dengan perkataan carilah. Maksudnya kita kena berusaha dan melakukan pelbagai ibadat, bukannya berpeluk tubuh membiarkan malam yang penuh keberkatan itu berlalu begitu sahaja.

Paling minimum, hendaklah kita solat Isyak dan Su­buh berjemaah pada 10 malam terakhir Ramadan. Yang lebih baik adalah melakukan pelbagai ibadat lain ­seperti membaca al-Quran, banyakkan