Judul : Datuk Nik Azman Ketua Pengarah Baharu EPU
link : Datuk Nik Azman Ketua Pengarah Baharu EPU
Datuk Nik Azman Ketua Pengarah Baharu EPU
PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Pengarah EPU yang baharu berkuat kuasa 7 Jun ini.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
“Saya percaya dengan pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Nik Azman ia akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan misi EPU, JPM dalam menguruskan pembangunan sosio ekonomi negara secara strategik dan mampan,” katanya.
Nik Azman, 58, berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 34 tahun selepas menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983.
Nik Azman berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari University of Nebraska, Amerika Syarikat.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang analisis ekonomi dan pengurusan kewangan dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan dan Pengarah, Seksyen Ekonomi Wilayah, EPU.
Dalam pada itu, Ali berkata bagi pihak kerajaan, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff di atas segala sumbangan dan khidmat baktinya sepanjang menyandang jawatan Ketua Pengarah EPU selama lebih lima tahun. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIm3xY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Datuk Nik Azman Ketua Pengarah Baharu EPU
Anda sekarang membaca artikel Datuk Nik Azman Ketua Pengarah Baharu EPU dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/datuk-nik-azman-ketua-pengarah-baharu.html