Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata

Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata
link : Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata

Baca juga


Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata

Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata

Azlina (kanan) memeluk anak perempuannya, Ameeratul Qayyimah Rosli, 8, yang ditinggalkan selama 110 hari untuk menjalani rawatan dan pembedahan Muhammad Habib di Shanghai, China. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Kasih seorang ibu terhadap anaknya membawa ke syurga biarpun terpaksa berkorban demi melihat anak lelaki kesayangan yang mengidap penyakit kegagalan hati kronik atau 'Biliary Atreasia' kembali normal dan paling bermakna, meraikan kedatangan Aidilfitri dalam suasana penuh ceria.

Azlina Ahmad, 35, sanggup mendermakan sebahagian hatinya untuk anak lelakinya, Muhammad Habib Rayyan Rosli, 5, menerusi pembedahan dan pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai China pada 11 Mei lalu.

Berkat doa dan bantuan kewangan yang diberikan pelbagai pihak akhirnya pembedahan kedua mereka berjaya dilakukan selain penderitaan yang dialami sejak 2014 kini telah berakhir dan insan yang sering murung dan sedih serta tidak bermaya itu kembali sihat dan cergas.

Menerima rawatan di enam hospital

Jika dulu iringan air mata kesedihan mengiringi mereka sejak mula dimasukkan ke Hospital Kulim diikuti Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Selayang, Kuala Lumpur serta turut mendapat rawatan pakar di hospital di Singapura.

Selepas beberapa tahun, menerusi bantuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Sains Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Kedah, Datuk Norsabrina Mohd Noor akhirnya pembedahan ini berjaya dilakukan di Shanghai, China.

Norsabrina berkata, bantuan turut diterima dari Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) dan Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia serta sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.

"Apa yang lebih menyayat hati demi untuk anak kesayangan, seorang ibu terpaksa meninggalkan anak perempuannya, Ameeratul Qayyimah Rosli, 8, selama 110 hari di bawah jagaan jiran serta ibunya buat sementara kerana masih bersekolah.

"Rasa rindu dan sayang seorang ibu terhadap anak perempuan yang ditinggalkan agak begitu lama akhirnya berjaya disatukan selepas Azlina bersama suami, Rosli Mohd Noh, 40, dan Muhammad Habib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) jam 11 malam.

"Suasana pilu jelas terpancar melihat langkah tiga beranak ini ketika turun dari pesawat selepas mengharungi perjalanan yang panjang dari Shanghai, China dari jam 3.25 petang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak pulang ke Pulau Pinang," katanya.

Perubahan kesihatan dan fizikal Muhammad Habib

Bagi Azlina, perasaan bersyukur kepada Allah kerana segala urusan berjaya diselesaikan dan impiannya melihat anak kembali sembuh akhirnya menjadi kenyataan dan lebih mengharukan perubahan yang cukup mendadak terhadap fizikal Muhammad Habib.

"Jika dulu kurang selera makan, menjauhkan diri, muka pucat dan letih sehingga keadaan perutnya mengembung seperti belon dan kini selepas pembedahan segala keperitan yang dirasai dulu hilang dalam sekelip mata dan paling utama, Muhammad Habib kembali sihat seperti biasa.

"Syukur Alhamdulillah melihat keadaan fizikal Muhammad Habib yang kurang aktif dan kini kembali ceria dan bertenaga seperti kanak-kanak yang lain dan hasrat anak bertemu kakaknya serta bermain dengan kawan-kawan kini tercapai.

"Insha Allah, satu majlis kenduri doa selamat akan diadakan tidak lama lagi selain meraikan sambutan Aidilfitri pada tahun ini lebih meriah lagi dan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan seluruh rakyat Malaysia yang membantu menghulurkan sumbangan kewangan," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t8cngp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata

Sekianlah artikel Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dulu Kurang Selera Makan, Muka Pucat Tapi Kini Keperitan Muhammad Habib Hilang Sekelip Mata dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/dulu-kurang-selera-makan-muka-pucat_10.html

Subscribe to receive free email updates: