‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang

‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang
link : ‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang

Baca juga


‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang

 | June 11, 2017
Kereta api laju ini digembar gemburkan sebagai pemacu ekonomi Kenya, di sebalik kebimbangan mengenai beban bayaran balik kos RM17 bilion kepada bank China.
Kereta api baharu yang dibina China ini mampu memendekkan masa perjalanan daripada 10 kepada 5 jam, tetapi ramai tertanya beban hutang ditanggung generasi akan datang. (Gambar AFP)
Kereta api baharu yang dibina China ini mampu memendekkan masa perjalanan daripada 10 kepada 5 jam, tetapi ramai tertanya beban hutang ditanggung generasi akan datang. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Daripada digembar gemburkan kerajaan Kenya sebagai kebanggaan rakyat, sebuah landasan kereta api sepanjang 480km yang dibina dengan dana China kini mencetuskan kebimbangan disebabkan beban hutang yang perlu ditanggung negara Afrika itu untuk beberapa generasi.

Standard Gauge Railway (SGR), landasan pertama sejak yang terakhir dibina British pada 1901, menghubungkan bandar raya Nairobi dengan bandar pelabuhan Mombasa.
Ia merupakan projek termahal sejak kemerdekaan 54 tahun lalu, dengan kos AS$4 bilion (RM17 bilion), 90% daripadanya menerusi pinjaman Eximbank dari China.

Kerajaan pimpinan Presiden Uhuru Kenyatta yang bakal mengadakan pilihan raya Ogos ini, berkata ia mampu mempertingkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 1.5%, dan yakin hutang tersebut boleh dilangsaikan dalam 4 tahun.

Kereta api baharu itu tampak canggih, dengan stesennya menyerupai terminal udara, dan mampu memendekkan masa perjalanan daripada 10 kepada 5 jam.
Bagaimanapun, ramai kini tertanya-tanya bagaimana hutang itu dapat dibayar balik, ditambah pula dengan tindakan China mengimport bahan binaan untuk projek itu dari China, menyebabkan perdagangan berat sebelah, lapor akhbar New York Times (NYT).

Hutang merentas generasi
Di kalangan awam, landasan itu sudah ada nama baharu: “Ekspres Gila 2”, yang mereka sifatkan sebagai rentetan daripada satu lagi projek landasan kereta api gergasi di zaman British dulu yang mengorbankan ribuan pekerja yang terpaksa meredah kawasan liar ketika pembinaan.

Tetapi SGR ternyata lebih canggih daripada itu, dengan kelajuan 119 km/j dan kemampuan membawa 22 juta tan kargo.
Jadi apa yang “gila” sangat?

Ia adalah disebabkan rakyat Kenya untuk beberapa generasi akan datang terpaksa menanggung beban hutang projek itu.
“Ia suatu kegilaan,” Samuel Nyandemo, pensyarah kanan ekonomi di Universiti Nairobi, memberitahu NYT.
Beliau mempersoalkan mengapa landasan itu 2 kali ganda kos projek sama di Ethiopia atau Maghribi.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pemberian tender untuk projek tersebut dilakukan secara tertutup, sambil berkata ia hanya helah memperkayakan golongan elit Kenya menerusi rasuah dan komisen.
“Ini satu lagi bentuk kegilaan,” katanya.
Tetapi bukan sahaja kos projek itu menjadi bahan bualan.
Anehnya, keseluruhan projek itu termasuk ciri bangunannya, lebih menjurus kepada China.

“Risalah dalam bahasa Cina. Kakitangan berpakaian warna emas dan merah, warna bendera China. Malah music di atas tren juga bukan dari Kenya,” lapor NYT memetik Ken Mugane, seorang ahli perniagaan tempatan.
Malah, lebih menghairankan ialah sebuah ukiran penjelajah China kurun ke-15, Zheng He, tersergam di stesen Mombasa.
Bagi Beijing, ia meraikan perasmian landasan itu akhir bulan lalu sebagai impian rakyat Kenya.

Landasan itu, menurut naib menteri luar China, Zhang Ming, “memikul impian rakyat Kenya di abad ini yang mahukan kemajuan dan pembangunan negara”.
Namun, ternyata semakin ramai rakyat Kenya mula marah mempersoalkan mercu tanda baharu buatan China itu.

Seorang ahli politik pembangkang yang membelot kepada parti pemerintah baru-baru ini merasakan sendiri tempias itu, ketika memuji landasan kereta api itu baru-baru ini.

“Kamu berbohong, kamu disogok,” kata seorang pemanggil, antara suara yang menenggelamkan ahli politik itu dalam sebuah rancangan televisyen


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqg8Bd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel ‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang

Sekianlah artikel ‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Ekspres Gila’, landasan termahal buatan China, bawa Kenya ke kancah hutang dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/ekspres-gila-landasan-termahal-buatan.html

Subscribe to receive free email updates: