Judul : Gadis Sambut Hari Lahir Dengan ‘Kek’ Roti Canai 20 Keping Sempena Usia 20 Tahun
link : Gadis Sambut Hari Lahir Dengan ‘Kek’ Roti Canai 20 Keping Sempena Usia 20 Tahun
Gadis Sambut Hari Lahir Dengan ‘Kek’ Roti Canai 20 Keping Sempena Usia 20 Tahun
Selalunya hari jadi disambut dengan majlis meriah yang dirancang oleh orang tersayang. Paling penting, kek itu sendiri mestilah mengikut tema dan kesesuaian.
Dalam era hipster ini, semakin banyak trend kek yang unik mendapat sambutan dari orang ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja seperti Kek Nasi Lemak, Kek Pizza dan sebagainya.
Namun, gadis ini menyambut hari jadinya dengan kek yang sangat ‘rare’ dibelikan rakan-rakannya.
Sumber : FacebookBaru-baru ini, Yumiko Chin telah menceritakan hari jadi kawannya yang unik itu di media sosial dan terus menjadi tular sejak minggu lepas. Kek ‘tempatan’ itu telah mendapat sebanyak 2.1ribu perkongsian dan 972 likes dari orang ramai tidak kira bangsa di Facebook.
Menurut Yumiko, mereka menyambut hari jadi rakannya dengan memberikannya menara roti canai sebagai kek hari jadi di sebuah restoran mamak di Damansara.
Sumber : FacebookPada 16 Jun 2017, mereka mengadakan sambutan hari lahir untuk rakannya di kedai mamak dan mereka telah memesan sebanyak 20 roti canai yang disusun secara bertingkat untuk membentuk sebuah “kek hari jadi” sempena umurnya, 20 tahun.
Mereka juga telah meletakkan dua buah lilin di atas roti canai tersebut supaya rakannya dapat meniup seolah-olah ianya kek sebenar.
Sumber : Facebook
Menerusi perkongsian tersebut, terdapat ramai juga netizen yang berminat untuk gunakan idea ini bagi hari jadi mereka pula. Ada juga yang membuat cadangan kek hari jadi yang lain seperti roti pisang, roti naan dan roti-roti lain.
Tak kisah lah roti pisang ke roti sardin ke, yang penting kita dikelilingi oleh orang tersayang pada hari penting dalam hidup kita kan!
Baca : Remaja Sambut Hari Jadi Rakan Terima ‘Tetamu’ Tak Diundang
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHg5kT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Gadis Sambut Hari Lahir Dengan ‘Kek’ Roti Canai 20 Keping Sempena Usia 20 Tahun
Anda sekarang membaca artikel Gadis Sambut Hari Lahir Dengan ‘Kek’ Roti Canai 20 Keping Sempena Usia 20 Tahun dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/gadis-sambut-hari-lahir-dengan-kek-roti.html