Judul : IGP PATUTNYA ADA DOKUMEN YANG SAMA, DAKWA S’WAK REPORT
link : IGP PATUTNYA ADA DOKUMEN YANG SAMA, DAKWA S’WAK REPORT
IGP PATUTNYA ADA DOKUMEN YANG SAMA, DAKWA S’WAK REPORT
Sebagai anggota peringkat tinggi pasukan petugas khas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya memiliki dokumen sama yang dipetik Sarawak Report, dakwa editornya Clare Rewcastle-Brown.
“Saya perlu nyatakan, secara realitinya, tiada apa-apa yang dapat kongsikan dengan IGP kerana tiada apa yang belum diketahuinya.
“Dokumen-dokumen pasti telah berada mejanya dan beliau seharusnya mempunyai salinan walaupun membuat keputusan…untuk menutup siasatan,” katanya kepada Malaysiakini dalam e-mel.
Rewcastle-Brown mengulas kenyataan Khalid, pagi ini yang mahu beliau datang ke Malaysia untuk membantu polis dalam menyiasat dakwaan Sarawak Report mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.
Khalid mahu Rewcastle-Brown membantu dalam menyediakan polis dengan bukti dan dokumen sokongan.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Sarawak Report dan cubaan berulang kali untuk mendapatkan komen daripada Muhammad Shafee dan pegawai Najib menjadi sia-sia, setakat ini.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRfZnO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel IGP PATUTNYA ADA DOKUMEN YANG SAMA, DAKWA S’WAK REPORT
Anda sekarang membaca artikel IGP PATUTNYA ADA DOKUMEN YANG SAMA, DAKWA S’WAK REPORT dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/igp-patutnya-ada-dokumen-yang-sama.html