KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH

KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH
link : KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH

Baca juga


KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH

SHAH ALAM – Pas menyatakan hasrat untuk meneruskan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik jika ia tidak dibentangkan oleh kerajaan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebelum ini Pas sudah menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.

“Melalui Gagasan Sejahtera, kita sudah menyiapkan dokumen sokongan dan sudah diserahkan kepada beliau dua bulan yang lalu.

“Pas mengambilkira pandangan yang diberikan oleh jawatankuasa Paul Low dan kami rumuskan bersama supaya ada satu pelan tindakan,” katanya ketika hadir di Program Munaqasyah Rakyat anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat di Dewan Banquet Majlis Bandar raya Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, Pas berharap agar Paul Low dapat membawa perkara ini ke Parlimen pada masa akan datang bagi mewakili kementeriannya.

“Pas juga bersedia untuk membawa rang undang-undang ini secara bersendirian jika kerajaan tidak melakukannya. Tetapi setakat ini, kami menyatakan sokongan sepenuhnya.

Tambahnya, akta itu sangat penting memandangkan wujud dua isu besar yang sering berlaku ketika pilihan raya umum.

“Isunya adalah dana yang diberikan kepada parti-parti politik dan juga politik wang. Kedua-dua isu ini boleh merosakkan parti dan negara.

“Di Malaysia tidak ada akta yang mengawal politik kecuali akta pilihan raya yang mengehadkan jumlah duit kempen pilihan raya umum. Itu sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata, disebabkan tiada akta khusus, berlaku di mana sesetengah menteri yang tiba-tiba pembuat pengisytiharan sebagai langkah memancing undi.

“Apabila tidak ada akta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh berbuat apa-apa.

“Jika ia tidak dibendung, perkara sebegini akan berterusan. Dengan wujudnya akta ini nanti, ia dapat mengawal supaya politik wang tidak akan berlaku. Politik wang akan melahirkan parti yang merosakkan parti politik di negara ini,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata, sejak awal penubuhan Pas sehingga kini, Pas tidak pernah menerima dana luar untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya umum.

“Semua dana kami adalah daripada ahli kami sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Paul Low mencadangkan penggubalan akta tersebut pada hujung September tahun lalu bertujuan untuk mengawal amalan politik wang dan budaya rasuah.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6XRF9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH

Sekianlah artikel KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KALAU KERAJAAN TAK BAWA, PAS SEDIA AMBIL ALIH dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/kalau-kerajaan-tak-bawa-pas-sedia-ambil.html

Subscribe to receive free email updates: