Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak

Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak
link : Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak

Baca juga


Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak

bazar.jpg

Rm5.00 sebungkus!

Itulah harga teh tarik yang dijual di salah sebuah Bazar Ramadhan sekitar Selangor (gambar).

“Teh ais ekstra oksigen sempena bulan Ramadan. RM5 sebungkus. Si penjual siap sedekahkan oksigen segar supaya dapat membantu kembalikan tenaga,” tulis @khairunnaim5 di Twitter.

teh.jpg

Tweet tersebut juga tular dengan diretweet lebih dari 5,000 kali oleh pengguna Twitter.

Seperti tahun-tahun kebelakangan ini, masih lagi terdapat peniaga yang menjual makanan dan minuman yang tak setimpal dengan harga yang dibayar oleh pelanggan.

Peniaga tamak ini semakin ramai dikesan dari tahun ke tahun terutamanya sewaktu bulan Ramadhan kerana ketika inilah ramai yang berlumba-lumba mahu meniaga untuk mencari pendapatan sampingan bagi berbelanja sempena sambutan hari raya.

Selain dari tweet Teh Tarik Oksigen; seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalamannya mengenai ‘sup nasi ayam ekstra oksigen’. “Sup nasi ayam pun nak join club extra oksigen,” tulisnya di akaun Twitter @aidarasyidah_.

sup.jpg

Sementara itu, ‘karipap angin’ nampaknya masih lagi dijual pada tahun ini dengan yang terbaru seorang pelanggan telah berkongsi pengalamannya dalam satu video yang dimuat naik pada Khamis.

Mfaiz mendakwa telah membeli karipap tersebut di MITC Melaka.

“Karipap angin bulan ramadhan Pppssss ada bunyik lagi taw ehehheee… makcik bulan pose kan baguih besedekah…dapat lebih pahala pun lebih…beli dekat bazar MITC Melaka berdepan Mydin Melaka…video hanya ingin kongsi bukan tujuan mengaibkan,” tulisnya di ruangan caption video berkenaan.

Lagi mangsa peniaga Bazar

IMG_20170601_152233.jpg

IMG_20170601_152219.jpg

Tak salah sebenarnya meniaga di bulan Ramadhan jika ingin menambahkan pendapatan tetapi tolonglah meniaga dengan jujur. Ada sesetengah peniaga sempat menyalahkan GST. Pelik juga kebanyakan makanan asas memang tidak dikenakan GST jadi sungguh pun mungkin ada peniaga yang terjejas dengan GST (mungkin harga plastik pembungkusan meningkat, gunakan makanan yang telah diproses seperti sardin ke) tetapi tak logikla nak jual karipap angin ataupun teh tarik rm5.00 sebungkus. Memang ada sesetengah peniaga sengaja menyalahkan GST untuk menutup sikap tamak dia tu.

Harga teh serbuk paling murah paket kecil seringgit lebih pun ada. Kalau beli besar lagi murah sebab berbaloi dengan kuantiti penggunaan. Susu tin beli banyak kat kedai borong dapat harga offer. Ais batu sepeket besar (dan panjang) 4.50 (dulu 3.50 siap hantar). Takan teh tarik sepeket 5.00? Kaw pun kurang-kurang bubuhla lebih sikit ye tak? Air sikit oksigen je lebih. Alahai.

Karipap angin paling tak logik. Tepung sepeket 2.00 lebih jer. Boleh buat banyak gila karipap dengan sepeket tepung tu. Nak jimat guna minyak tak guna majerin. Kentang pun murah. Tak sampai sebijik kentang pun nak sumbat kat karipap. Serbuk kari paling sedap macam BABA’S pun kau beli paket besar lima ringgit lebih boleh guna beberapa kali. Kos buat karipap sebenarnya masih di tahap yang murah walaupun terdapat peningkatan harga tepung, majerin, minyak, kentang, cili, telur dan serbuk kari. Maksudnya kau boleh jual rm1.00 dapat 2 ketul asalkan isinya padat.

Ini tidak. Nak halalkan ketamakan sendiri, salahkan GST. Janganlah anggap semua pembeli makanan di Bazar tu jenis taktahu masak, tak pergi pasar, atau tak faham GST. Dorang semua tu kerja sebab tu kena membeli semasa berbuka. Sungguh pun kos sara hidup naik dengan GST tetapi biarlah nak meniaga tu barang-barang setimpal dengan harga. Itu tak masuk lagi jenis yang jual makanan basi atau makanan yang semalam-semalam. Yang ini penulis pun terkena semalam. Suwei betul puak-puak neh.

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVufyy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak

Sekianlah artikel Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Karipap Angin Teh Ais Angin Sup Oksigen Warnai Bazar Ramadhan 2017 Peniaga Makin Tamak dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/karipap-angin-teh-ais-angin-sup-oksigen_60.html

Subscribe to receive free email updates: