Judul : Kes Menantu TPM Zahid Hamidi - Terlebih Ubat Bius Punca Kematian Semasa Mendapatkan Rawatan Gigi
link : Kes Menantu TPM Zahid Hamidi - Terlebih Ubat Bius Punca Kematian Semasa Mendapatkan Rawatan Gigi
Kes Menantu TPM Zahid Hamidi - Terlebih Ubat Bius Punca Kematian Semasa Mendapatkan Rawatan Gigi
KUALA LUMPUR 8 Jun - Seorang pakar bius (anestesia) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau berpendapat Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi iaitu menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan dos pelali yang berlebihan semasa menerima rawatan di sebuah pusat pakar pergigian, tahun lalu.
Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi di Hospital Sungai Buloh, Dr. Lim Wee Leong, 59, berkata, pendapatnya itu adalah berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan keadaan pesakit terlalu lemah semasa menerima rawatan sehingga mengalami masalah pernafasan dan menyebabkan doktor yang merawatnya memberikan bantuan.
“Ketika pesakit mula masuk ke dalam bilik rawatan, dia dilihat dalam keadaan baik namun keadaannya semakin lemah pada akhir proses rawatan.
“Walaupun rakaman video yang ditayangkan itu tidak mempunyai audio namun berdasarkan pemerhatian saya melalui perilaku pesakit, saya pasti dia telah diberikan dos pelali yang berlebihan,” katanya ketika menjawab soalan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Hazmi Mohd. Saad.
Beliau berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan hari kelima terhadap pusat pakar pergigian, Imperial Dental Specialist Centre Sdn. Bhd. yang menghadapi sembilan pertuduhan berhubung kematian Syed Alman Zain.
Menurut saksi pendakwaan keenam itu, pesakit telah tersandar dan kakinya dilihat terjuntai dari kerusi rawatan menerusi video yang ditayangkan selama enam minit di mahkamah tersebut.
Pusat pakar pergigian itu didakwa atas tujuh pertuduhan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan dua pertuduhan di bawah Peraturan 49(7) dan 245(6)Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006.
Antara kesalahan yang didakwa dilakukan pusat pakar pergigian itu yang diwakili pengarahnya, Dr. Wong Yen Ling adalah gagal memastikan Dr. Ting Teck Chin iaitu orang yang memberikan perkhidmatan anestesia terhadap mangsa mempunyai kelayakan anestesiologi.
Dos pelali berlebihan - Pakar
utusan.com.my
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1ZmHM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Kes Menantu TPM Zahid Hamidi - Terlebih Ubat Bius Punca Kematian Semasa Mendapatkan Rawatan Gigi
Sekianlah artikel Kes Menantu TPM Zahid Hamidi - Terlebih Ubat Bius Punca Kematian Semasa Mendapatkan Rawatan Gigi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes Menantu TPM Zahid Hamidi - Terlebih Ubat Bius Punca Kematian Semasa Mendapatkan Rawatan Gigi dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/kes-menantu-tpm-zahid-hamidi-terlebih.html