Judul : Kes Pecah Rumah Di Besut Menurun Sejak Bermula Puasa
link : Kes Pecah Rumah Di Besut Menurun Sejak Bermula Puasa
Kes Pecah Rumah Di Besut Menurun Sejak Bermula Puasa
BESUT – Kadar jenayah terutama kes pecah rumah di sekitar kawasan Besut menurun sejak Ramadan ini berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi.
Katanya, pengurangan itu disebabkan penglibatan masyarakat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Mohd Zamri berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Jom Ronda Versi 6.0, 2017 peringkat daerah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intregasi Nasional (JPNIN) , Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KRT Bandar Jertih di sini pukul 2.30 pagi tadi.
Katanya 200 anggota SRS hadir untuk kerja-kerja sukarela berkenaan sepanjang tahun ini dan beliau berharap golongan profesional akan turut terlibat dengan program kemasyarakatan itu bagi mengekang jenayah di kawasan perumahan.
“Penglibatan golongan professional dalam pasukan SRS mungkin mampu membantu dari sudut teknikal dan juga sama-sama membantu menjaga keselamatan dan keamanan setempat,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYDU4s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Kes Pecah Rumah Di Besut Menurun Sejak Bermula Puasa
Anda sekarang membaca artikel Kes Pecah Rumah Di Besut Menurun Sejak Bermula Puasa dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/kes-pecah-rumah-di-besut-menurun-sejak.html