KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG

KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG
link : KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG

Baca juga


KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG

Isu balik kampung sering menjadi panas setiap kali menjelang raya.
Kisah Isteri Tak Mahu Beraya Di Rumah Mertua Kerana Adik Beradik Ramai. Terpaksa Tidur Ruang Tamu Memakai Tudung !

Isu balik kampung sering menjadi panas setiap kali menjelang raya. Antara yang menjadi perbualan adalah isteri tidak mahu tinggal lama di rumah mertuanya sendiri.

Berikut kami kongsikan pandangan dari Puan Pnut Syafinaz berkenaan isu ini untuk kita sama-sama renungi. Semoga bermanfaat.

Kadang-kadang perkara ni nampak mudah, tetapi suami kena pandai handle.

Bab tandas tu saya no komen, sebab mungkin isteri orang yang posting ni ada masalah dengan tandas cangkung, (tidak biasa, sakit lutut, sakit kalau mencangkung. Wallaahualam, saya juga pernah ada masalah begini dulu masa sakit lutut, jadi kurang adil untuk judge isterinya mengada-ngada).

Bab tidur di ruang tamu tu, saya nak komen, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Suami saya dari keluarga yang besar dan ramai anak-anak saudara, bila berkumpul semua memang sesak, dan memang tidak cukup bilik.

Kadang-kadang memang berkongsi bilik dengan keluarga adik beradik lain, bilik masuk nak tukar baju, letak barang-barang kita. Bila malam, selalunya tidur diruang tamu ramai-ramai.

Seronok sebenarnya, tetapi suami saya agak tegas bab aurat isterinya, no kompromi walau dalam rumahnya sendiri, dia akan sering ingatkan aurat saya dengan ipar duai lelaki.

Maka tidur malam pun pakailah tudung. Tidak selesa bukan? Mula-mula saya okey, tetapi lama-lama saya suarakan rasa hati ketidakselesaan, lebih baik begitu, dari kita tarik muka dan kecil hati dengan suami.

Rupanya dia ingat saya okey je selama ini, sebab saya tetap ceria dan gembira bila pulang ke rumah arwah mak dan bapak mertua, takder nak desak dan ajak suami balik cepat-cepat ke apa.

Dan sebagai tanggungjawab dan amanah dia kepada saya, dia kumpulkan duit, dia minta arwah ayah mertua repair-repairkan bilik stor bawah rumah, jadikan bilik tidur, takde mahal sangat kosnya, upah orang kampung je buat, senget benget simen pun okey je. Okeylah walau kecil, tetapi cukup selesa untuk tukar baju, solat dan tidur.

Alhamdulilllah, bilik tu tiap kali balik kampung beramai-ramai, kami sekeluarga duduk situ, termasuk masa ada bibik dulu tidur dengan saya dalam bilik tu, suami dan anak bujang tidur luar. Kalau kami tidak balik kampung, sesiapa ahli keluarga lain yang balik kampung boleh gunakan bilik tu.

Saya kira sebagai suami, kalian kena prihatin dengan perkara sebegini, kecuali kalian tidak kisah isteri tidur, golek gelentang ditatap’ bukan muhrimnya, kalau kisahkan, cuba usahakan agar isteri selesa di rumah anda. Ia bukan soal isteri mengada-ngada tidak mahu tidur di ruang tamu beramai-ramai, ia juga soal maruah isteri dan maruah anda sebagai suami.
Ada rakan lelaki saya cerita, kalau balik kampung, dia akan carikan hotel budget untuk bermalam, dan bercerita perihal ini kepada ibu dan ayahnya agar mereka tidak tersinggung, dan mak ayah dia redha, dan tidak berkecil hati dengan menantu.

Tetapi siang hari mereka sepenuhnya duduk di rumah mertua, malam betul-betul balik untuk tidur, selepas subuh dah kembali ke rumah orang tua, masak sarapan bersama-sama, makan tengahari, makan malam semua di rumah mak dia.

Hubungan menantu, mertua ipar duai juga tiada masalah. (kepandaian suami uruskan rumah tangga dan jaga hubungan baik amat penting)

Katanya memang ada 2 bilik je rumah mak ayah dia, dan anak-anak saudara lelaki perempuan semua dah besar-besar, dia utamakan kakak-kakaknya yang ada anak-anak dara untuk gunakan bilik, ahli keluarga tiada masalah dan memahami tanggungjawab dia menjaga kepentingan isterinya.

Yang jadi masalah saudara mara mula ‘bergossip’ “si anu tu menantu dia kekwat, balik tak nak duduk rumah mak mertua, sanggup sewa hotel bawa anak isteri duduk.” Perkara ini tidak akan timbul, kalau kita semua memahami apa yang saya sebutkan di atas, ‘memelihara aurat’.

Apa pun Al-Fatihah buat arwah bapa dan ibu mertua saya, yang saya kira amat baik kepada saya, bertuah dan bersyukurnya saya kerana mereka menerima saya seadanya, dan segala kelemahan saya mereka juga menerima seadaanya.

Kini rumah pusaka sebelah suami sepi, sebab semua anak-anak kerja luar dan sedikit usang kerana tidak didiami, saya merindui kemeriahan suasana menyambut puasa, hari dan berkumpul ketika kenduri kendara di situ.

Sesungguh, hargailah masa-masa yang kalian ada dengan orang tua dan sanak keluarga, kerana suatu hari nanti, kalian pasti akan merinduinya.

Bila balik melihat rumah usang, berhabuk, terbit rasa rindu,

“Bilik inilah aku tidur semasa kali pertama bermalam di rumah mertua”

“Ruang inilah, aku melihat anak-anak kecil aku merangkak, bertatih, dan Tok dan opah menyambut cucu di kerusi sambil mengagah anak-anak kecil ku”

“Di ruang makan inilah, pertama kali aku memasak menjamu mertua dengan masakanku, dan suami tersenyum bangga, isterinya pandai memasak untuk mertua”

“Di sudut inilah, anak-anak saudar berkhatan, dan bergantung kain ‘berpantang’

“Di bilik air inilah, aku menjerit bila nampak lipan sebesar jari telunjuk”

“Dihalaman inilah, anak-anak aku, dan sepupu-sepupunya riang gembira bermain bunga api”

Kini semua itu sudah tidak dirasai lagi, yang tinggal cuma sebuah kerinduan.

-IIUM Confession-
Sumber : kaki share



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7sluT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG

Sekianlah artikel KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/kisah-isteri-tak-mahu-beraya-di-rumah.html

Subscribe to receive free email updates: