Judul : Masalah Produk Koperasi Tak Laku Temui Jalan Penyelesaian
link : Masalah Produk Koperasi Tak Laku Temui Jalan Penyelesaian
Masalah Produk Koperasi Tak Laku Temui Jalan Penyelesaian
Masih ramai pengusaha IKS memilih cara pemasaran lama dengan hanya bergantung jualan di gerai atau kedai tanpa mencuba jualan secara atas talian. (Gambar: sayangsabah & tourismmalaysiajohor)
Hanya dijual di kedai. Tiada strategi pemasaran membawa produk ke pasaran luar mahupun membangunkan laman sesawang sendiri sebagai strategi pemasaran untuk tarik perhatian pengguna. Akhirnya, produk yang dijual di bawah platform koperasi tidak laku seterusnya gulung tikar.
Senario sebegitu sering berlaku pada kebanyakkan produk yang dijual di koperasi terutama di luar bandar. Mencari jalan penyelesaian, Koperasi COOP2U Berhad (COOP2U) tampil menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui Unit Teknologi Maklumat, Sektor Inovasi, Teknologi dan Telekomunikasi melancarkan Bengkel E-Komuniti Koperasi dan Portal Perniagaan Atas Talian ke seluruh Malaysia.untuk membantu koperasi-koperasi memasarkan produk mereka melalui atas talian.
COOP2U dilantik sebagai pengedar maya bagi produk-produk Pusat Khidmat Usahawan (PKU) oleh Unit Perkhidmatan Kepenggunaan, ANGKASA berkeyakinan kualiti produk PKU setanding dengan produk lain di pasaran.
Sebagai tarikan, pelanggan bukan sahaja boleh membuat belian barangan IKS di Coopshoppe bahkan barangan pengguna seperti gajet, telefon pintar, barangan elektrik, kelengkapan rumah, motosikal dan barang kemas. Sempena Aidilfitri tidak lama lagi, biskut raya juga dijual di Coopshoppe.
Dalam pada itu, menerusi penganjuran bengkel tersebut, pengurusan koperasi masing-masing dapat merancang strategi pemasaran lebih efektif. COOP2U menjangkakan usahasama ini dapat memberi pulang keuntungan kepada koperasi berlipat kali ganda. COOP2U mengalukan koperasi yang ingin memasarkan produk mereka melalui Coopshoppe menghubungi talian, 03-40421009 atau info@coop2u.com.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVj5de
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Masalah Produk Koperasi Tak Laku Temui Jalan Penyelesaian
Anda sekarang membaca artikel Masalah Produk Koperasi Tak Laku Temui Jalan Penyelesaian dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/masalah-produk-koperasi-tak-laku-temui.html