‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’

‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’ - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’
link : ‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’

Baca juga


‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’

Badan-badan penting dalam negara digesa campur tangan dalam isu dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta wang SRC International daripada Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat gesaan itu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN), “demi menjaga nama baik negara”.

PAS juga percaya Najib dan Shafee akan terus membisu terhadap dakwaan itu.

“Sekiranya tuduhan itu benar, jawapannya ya, sekiranya tuduhan itu tidak benar, jawapannya tidak,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata untuk mempercepatkan siasatan, SPRM boleh berkongsi kertas siasatan mereka dengan Bank Negara dan LHDN.

“Sekiranya terdapat transaksi itu, di mana datangnya sumber duit itu dan apakah duit itu telah dibayar cukai?” katanya.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa perdana menteri membayar wang yang banyak itu menggunakan dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Menteri kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata laman pendedah maklumat itu “tiada kewibawaan” dan beliau justeru tidak percaya terhadap dakwaan itu.

Dalam kenyataan hari ini, PAS juga menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membentangkan kertas siasatan terhadap dakwaan skandal SRC kepada umum.

“PAS yakin dua cadangan di atas pasti dapat membersihkan nama baik PM dan Shafee memandangkan peguam negara berkata kertas siasatan itu menunjukkan tiada kes untuk mendakwa PM,” katanya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim juga mengakui memang susah untuk percaya terhadap penjelasan di Dewan Rakyat bahawa Shafee hanya menerima RM1,000 untuk menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes Anwar.

“Ketika itu dan sehingga kini, rakyat sudah tertanya-tanya mungkinkah bayaran kepada Shafee sebegitu murah?” katanya.

Dokumen yang dipegang Apandi dalam sidang media pada Januari tahun lepas menunjukkan sekurang-kurangnya RM32 juta disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri dari SRC International.

Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku atas alasan bahawa perdana menteri tidak sedar menerima wang berkenaan.

Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qP8iNg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel ‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’

Sekianlah artikel ‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘MEMANG SUSAH PERCAYA SHAFEE DIBAYAR RM1,000 SAJA’ dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/memang-susah-percaya-shafee-dibayar.html

Subscribe to receive free email updates: