Judul : Mercun Haram, Bunga Api Boleh, Kata Mufti Kelantan
link : Mercun Haram, Bunga Api Boleh, Kata Mufti Kelantan
Mercun Haram, Bunga Api Boleh, Kata Mufti Kelantan
Bila tiba je musim perayaan akan kedengaran bunyi mercun. Memang sakit hati kalau dengar bunyi mercun tanpa henti. Bukan itu je, mercun juga sangat bahaya.
Bermain dengan bahan yang membahayakan diri sendiri atau orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam, kata mufti Kelantan di samping menyeru mercun diharamkan.
Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata tidak ada asas untuk mengaitkan mercun dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, dilaporkan The Star.
Beliau berkata demikian berikutan banyak kes kecederaan yang berlaku, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak,akibat bermain dengan mercun pada bulan Ramadan.
Lebih daripada 9 kes dilaporkan dalam tempoh 3 minggu lalu, yang hanya berlaku di Kedah, Kelantan dan Pahang.
Shukri berkata, seluruh industri di sebalik pembekalan mercun kepada orang awam perlu dijauhi orang Islam kerana ia menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun, secara amnya bermain bunga api boleh diterima.
“Islam melarang penganutnya melanggar undang-undang negara. Jadi, dengan kata lain, ia adalah ‘haram’ (dosa),”katanya dipetik sebagai memberitahu The Star.
Sumber: Free Malaysia Today
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNNjyB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Mercun Haram, Bunga Api Boleh, Kata Mufti Kelantan
Anda sekarang membaca artikel Mercun Haram, Bunga Api Boleh, Kata Mufti Kelantan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/mercun-haram-bunga-api-boleh-kata-mufti.html