Judul : Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report
link : Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report
Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report
Dakwaan Sarawak Report berkenaan wang sebanyak RM9.5 juta dari syarikat SRC International disalurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam akaun peribadi peguam, Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat dan menimbulkan pelbagai persoalan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehingga hari ini, Najib mahupun Shafee hanya berdiam dan tidak menjawab dakwaan tersebut.
“Tanpa jawapan jelas dan tepat dari Najib, dakwaan ini menimbulkan tanda tanya. Apakah dana ini berkait kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim? Apakah ada mana-mana individu berkait dengan kes yang menerima wang dari Najib sama seperti yang diterima Shafee.
“Setakat ini, rakyat hanya mendengar alasan remeh yang diberikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, alasan itu tidak memadai kerana isu utama iaitu mengapa dana dari SRC International boleh berada di dalam akaun peribadi Shafee dan mengapa ia dipindahkan, tidak berjawab.
“Dakwaan ini jelas menimbulkan persoalan sama ada Najib telah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA 2014),” katanya.
Menurut Azizah, isu tersebut akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan 9 Jun ini, termasuk langkah-langkah perundangan yang boleh diambil untuk memastikan kebenarannya.
The post Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rV2GoV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report
Anda sekarang membaca artikel Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/najib-perlu-jawab-dakwaan-sarawak-report.html