Judul : NGA Kor Ming 'salah alamat'
link : NGA Kor Ming 'salah alamat'
NGA Kor Ming 'salah alamat'
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata urusan mengenai pendaftaran mahupun perpindahan pengundi adalah proses yang dibuat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak melibatkan Menteri Besar mahupun Barisan Nasional (BN).
"Sebagai pemimpin politik, Nga sepatutnya tahu proses pendaftaran dan perpindahan pengundi termaktub dalam perlembagaan dan SPR akan membuat pameran setiap suku tahun daftar pemilih bagi tujuan bantahan.
Persoalannya, adakah Nga tidak tahu atau tidak pernah mahu ambil tahu soal bantahan sewaktu daftar pemilih dipamerkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Beliau mengulas gesaan Nga sebelum ini yang meminta penjelasan BN dan Zambry mengenai pemindahan pengundi di beberapa kawasan di Perak.
Menurut Saarani proses belah bahagi yang telah diwartakan pada tahun lalu oleh SPR berdasarkan peruntukan undang-undang, turut menyebabkan pergerakan pengundi khususnya perubahan daerah mengundi.
"Ini melibatkan pengundi tanpa mengira penyokong mana-mana parti dan proses ini dilakukan oleh SPR dalam usaha memperbetulkan sempadan pilihan raya. Malah, DAP juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.
Saarani turut menasihati Nga supaya tidak bermain 'baling batu sembunyi tangan' selepas DAP sering menggunakan fitnah dan tohmahan terhadap pihak lain bagi menutup 'kejahatan' yang dilakukan mereka.
--BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWlG6N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel NGA Kor Ming 'salah alamat'
Anda sekarang membaca artikel NGA Kor Ming 'salah alamat' dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/nga-kor-ming-salah-alamat_5.html