Judul : Obor KL 2017 Tiba Di Puncak Gunung Kinabalu
link : Obor KL 2017 Tiba Di Puncak Gunung Kinabalu
Obor KL 2017 Tiba Di Puncak Gunung Kinabalu
KOTA KINABALU – Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) tiba di puncak tertinggi rantau Asia tenggara, Gunung Kinabalu kira-kira pukul 6 pagi Isnin, diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Pendakian sejauh 4,095.2 meter yang turut disertai 24 pendaki lain itu bermula semalam dengan rombongan berkenaan terlebih dahulu bermalam di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak awal pagi tadi bagi menyalakan obor tersebut.
Khairy menerusi akaun Twitternya hari ini memaklumkan mengenai ketibaan obor tersebut di puncak gunung tertinggi yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
“Di puncak tertinggi di Malaysia bersama obor @KL2017. Bagaimana Rimau (maskot Sukan Sea 2017) berada di sini dengan pantas? @Kinabalu #BangkitBersama,” katanya di sini hari ini.
Pendakian membawa obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu mencabar ketahanan fizikal dan mentalkan peserta memandangkan misi itu dilakukan dalam bulan Ramadan.
Dalam masa sama, Khairy turut berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga malim-malim Gunung Kinabalu yang terkorban dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan Sabah pada 5 Jun 2015.
“Bersama keluarga malim-malim Gunung Kinabalu yang terkorban 2 tahun lepas. Mereka mendaki sebagai peringatan tiap-tiap tahun,” tulis Khairy dalam Twitter.
Sabah adalah destinasi kelima bagi larian obor itu dan dijadual menjelajahi beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang serta melibatkan jarak keseluruhan sejauh lebih 30 kilometer yang akan berakhir pada 8 Jun nanti.
Selepas ini, obor berkenaan akan dibawa menjelajah ke beberapa daerah di Sabah sebelum diserah ke Sarawak.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVo25O
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Obor KL 2017 Tiba Di Puncak Gunung Kinabalu
Anda sekarang membaca artikel Obor KL 2017 Tiba Di Puncak Gunung Kinabalu dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/obor-kl-2017-tiba-di-puncak-gunung.html