PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH?

PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH? - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH?
link : PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH?

Baca juga


PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH?

SHAH ALAM – Dalam politik dalaman negara, permusuhan bukan bererti peperangan. Ia adalah pertentangan bagi memilih yang terbaik untuk negara,” kata ahli jawatankuasa pusat Pas, Nik Mohamad Abduh.

Merungkai kata-kata itu, Nik Abduh menjelaskan bahawa sebab itulah Pas ada ‘pasang surut bersahabat’ dengan rakan-rakan politiknya, terutamanya DAP.

“Justeru apa isunya Pas dan DAP? Mengapa berpakat dan mengapa bermusuh?
Ya, berpakat kerana bersama berjuang membuang halangan yang tidak demokratik. Kezaliman pemerintah Umno/ BN dalam banyak perkara adalah kesalahan dan perlecehan terhadap rakyat dan negara.
“Ia menutup hak rakyat dan menghalang parti pembangkang daripada mara untuk diterima oleh rakyat. Ya, berpecah dan bermusuh adalah kerana pengkhianatan terhadap perjanjian persefahaman bersama,” katanya dalam satu entry di Facebooknya semalam.

Katanya lagi, “toleransi awal tidak mampu lagi dikekalkan. Siapa betul dan siapa bersalah? Biarkan rakyat mendengar dan memutuskan. Masing-masing berhak berhujah,”.

Ujarnya lagi, rakyat yang budiman dan enggan ditipu dengan fitnah sudah pasti akan memilih yang terbaik untuk mereka dan negara mereka.

“DAP memusuhi Islam? Bukan hanya DAP. Siapa pun yang menghalang umat Islam untuk bebas beramal dengan agama mereka sepenuhnya di negara mereka, maka mereka adalah musuh Islam.

“Siapa pun…DAP diperangi? Musuh mulut diperangi dengan mulut. Musuh media diperangi dengan media. Musuh senjata diperangi dengan senjata. Tiada melampau dalam beragama.

“Kewarganegaraan adalah perjanjian keamanan di antara sesama rakyat untuk hidup bersatu menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara,” katanya lagi.

Sementara mengulas mengenai Pas, Nik Abduh berkata Pas adalah pendakwah dan pejuang untuk agamanya.

“Dalam musuh menerima dan memberi keamanan, kita adalah pendakwah. Dalam musuh menghalang dan memfitnah, kita adalah pejuang yang mempertahankan agama. Usah menggelar diri sebagai pendakwah kalau kecut dan mandul untuk menjadi pejuang,” katanya.

Justeru katanya, dalam isu politik dalaman ini, biarkan Pas dan DAP bersama parti-parti lain berjuang dengan matlamat masing-masing di atas lunas-lunas perlembagaan tanpa halangan yang menyalahi demokrasi yang adil.

“Ingat, jangan langgar perlembagaan negara. Peringatan ini adalah buat Umno dan DAP. Pas dengan matlamat Islam yang agung, insya-ALLAH akan kekal di landasan perjuangan yang sah di sisi undang-undang ke arah negara sejahtera menuju keredaan ALLAH,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWscp9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH?

Sekianlah artikel PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS VS DAP: DI MANA DAKWAH? dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/pas-vs-dap-di-mana-dakwah.html

Subscribe to receive free email updates: