Judul : Pembantu Rumah Warga Indonesia Kantoi Pukul Anak Majikan, Beri Alasan Tidak Munasabah
link : Pembantu Rumah Warga Indonesia Kantoi Pukul Anak Majikan, Beri Alasan Tidak Munasabah
Pembantu Rumah Warga Indonesia Kantoi Pukul Anak Majikan, Beri Alasan Tidak Munasabah
Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini lah pepatah paling sesuai menggambarkan perilaku seorang pembantu rumah warga indonesia, yang telah diamanahkan untuk menjaga anak majikannya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Mandy Chee telah memuat naik beberapa gambar dan video menunjukkan pembantu rumah rakannya sedang mendera anak lelaki mereka. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 28 Mei lalu, jam 9.37 malam.
Sumber: FacebookDi dalam video berdurasi 34 saat itu, pembantu rumah berkenaan dilihat sedang berbual dengan seseorang melalui telefon dan kanak-kanak itu boleh didengari sedang menangis. Wanita itu kemudian mengetuk kepalanya dengan objek keras berwarna hitam dipercayai remote control kerana berang mendengar tangisan kanak-kanak berkenaan.
Bukan itu sahaja, pembantu itu kemudian dirakam menarik rambut anak majikannya sehingga terangkat badan kanak-kanak tersebut sebelum mendukungnya. Sakitnya, budak lagi kot…
Dia kemudian didengari bertanya kepada anak kecil itu,
Kenapa kau nangis?”
Selepas bertanya, wanita tersebut terus menampar muka kanak-kanak itu yang masih menangis. Bayangkan perasaan majikannya tengok anak diperlakukan sebegitu…
Di dalam rakaman CCTV tersebut, keadaan rumah boleh dilihat gelap kerana menurutnya pembantu rumah itu telah menutup lampu rumah terlebih dahulu. Dia menyangka dengan berbuat sedemikian, perlakuannya tidak dapat dirakam melalui CCTV.
Namun, sedang dia tidak tahu, kamera itu telah dilengkapi dengan fungsi infrared yang boleh merakam meskipun dalam keadaan gelap. Kenalah kauuuu!
Selepas menonton rakaman tersebut, ibu bapa kanak-kanak tersebut segera menyoal siasat pembantu itu. Namun, meskipun sudah terang-terangan perlakuannya dirakam, wanita itu tetap tidak mahu mengaku salahnya! Sudah terang lagi bersuluh kannnn..
Lebih mengejutkan lagi, apabila ditunjukkan rakaman itu oleh bapa kanak-kanak tersebut, dia malah memberikan alasan yang tidak masuk akal.
Sumber: FacebookSaya cuma mengelap nasi yang melekat di rambutnya.”
Pembantu rumah itu dilaporkan telah dipecat oleh majikannya. Tambah Mandy Chee lagi,
Kawan saya mahu viralkan video dan gambar pembantu rumahnya ini supaya tidak ada lagi yang akan menjadi mangsa di kemudian hari sekiranya agensi yang membekalkan pembantu itu masih mahu menghantarnya bekerja.”
Tonton video di bawah:
Sumber: Facebook
Kesian budak lelaki tu, mesti trauma! Nak pilih pembantu rumah zaman sekarang kena betul-betul teliti , takut tersalah pilih dapat yang macam ni…
Baca: “Makcik Ni Saya Punya” – Wanita Lagak Tenang Walhal Sudah Kantoi Curi Beg Pelajar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqyJ06
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Pembantu Rumah Warga Indonesia Kantoi Pukul Anak Majikan, Beri Alasan Tidak Munasabah
Anda sekarang membaca artikel Pembantu Rumah Warga Indonesia Kantoi Pukul Anak Majikan, Beri Alasan Tidak Munasabah dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/pembantu-rumah-warga-indonesia-kantoi.html