Judul : QAZAF RAYUAN AKHIR ANWAR DITOLAK
link : QAZAF RAYUAN AKHIR ANWAR DITOLAK
QAZAF RAYUAN AKHIR ANWAR DITOLAK
SHAH ALAM – Rayuan akhir bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya tidak kesampaian apabila permohonannya ditolak Mahkamah Rayuan Syariah hari ini.
Keputusan sebulat suara tiga panel hakim itu dibacakan oleh Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusuf Che Teh.
Dalam keputusan itu, beliau berkata, tuduhan liwar tidak terpakai dalam kes qazaf di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana undang- undang memperuntukkan qazaf hanya boleh digunakan dalam kes pertuduhan zina sahaja.
“Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan maksud zina di dalam seksyen tersebut yang hanya terhad kepada persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan sahaja serta tidak termasuk perbuatan liwat,” katanya.
Pada 26 Jun 2015, Anwar melalui isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memfailkan aduan itu bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kenyataan Muhammad Shafee yang didakwa menuduh banduan Penjara Sungai Buloh itu melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 17 Februari 2015, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh seperti mana diwajibkan oleh undang-undang pada program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWsewX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel QAZAF RAYUAN AKHIR ANWAR DITOLAK
Anda sekarang membaca artikel QAZAF RAYUAN AKHIR ANWAR DITOLAK dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/qazaf-rayuan-akhir-anwar-ditolak.html