Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang!

Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang! - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang!
link : Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang!

Baca juga


Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang!

KUALA LUMPUR – Rakyat berhak tahu siapakah calon Perdana Menteri daripada pakatan pembangkang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik diri.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan tidak boleh terus menyembunyikannya daripada pengetahuan rakyat kerana ia amat penting supaya rakyat tidak membuat keputusan yang silap.

Beliau mempersoalkan adakah Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah membuat perjanjian dalam diam-diam bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad calon Perdana Menteri mereka hingga terpaksa menyembunyikan perkara itu.

“Rakyat mahu Pakatan Harapan telus dan mengumumkan calon Perdana Menteri mereka selepas Anwar menarik diri. Tiada sebab untuk mana-mana gabungan politik menyembunyikan perkara itu daripada pengundi.

“Ini adalah perkara yang penting dan paling asas untuk dibuat keputusan sebelum pilihan raya umum (PRU). Rakyat perlu tahu untuk membuat keputusan yang tepat buat negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Keng Liang mempertikaikan kemampuan pakatan pembangkang untuk menerajui negara sedangkan untuk memilih Perdana Menteri pun mereka tidak boleh mencapai kesepakatan.

Media hari ini melaporkan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat lelaki lain mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada PRU14.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu terpaksa dibuat berikutan perebutan kuasa untuk menjadi calon Perdana Menteri yang sedang berlaku dalam kalangan anggota parti Pakatan Harapan.

Sebelum ini terdapat desas-desus PKR dan DAP mencapai persetujuan secara senyap-senyap untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pertama dari kaum Cina

Tidak berapa selepas itu Mahathir yang mengetuai PPBM menawarkan diri mengetuai Pakatan Harapan dalam PRU14 sekali gus memungkinkan beliau yang akan menjadi calon Perdana Menteri pembangkang.

Tawaran itu dipercayai mendapat sokongan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana beliau sudah hampir pasti akan dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir. – Mynewshub.cc

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sHeZG4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang!

Sekianlah artikel Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Berhak Tahu Siapa Calon PM Pembangkang! dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/rakyat-berhak-tahu-siapa-calon-pm.html

Subscribe to receive free email updates: