Judul : Ribuan lebah hurung kedai peniaga teh bunga ni, tapi tetap pelanggan beratur panjang nak beli
link : Ribuan lebah hurung kedai peniaga teh bunga ni, tapi tetap pelanggan beratur panjang nak beli
Ribuan lebah hurung kedai peniaga teh bunga ni, tapi tetap pelanggan beratur panjang nak beli
SEKALI imbas memang agak menggelikan hati kerana disangkakan lalat, tetapi selepas diamati betul-betul, rupanya memang bukan lalat tetapi lebah!
Itulah keunikan sebuah gerai yang menjual air teh bunga dipercayai di bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah yang videonya kini tular menerusi media sosial.
Klip video berdurasi 56 saat itu hanya memaparkan suasana biasa sebuah gerai jualan air teh bunga di sebuah bazar Ramadan.
Namun apa yang menarik, gerai berkenaan dikerumuni jutaan lebah yang mungkin tertarik dengan aroma bunga teh berkenaan atau kemanisan teh itu sendiri.
Yang pastinya, walau dipenuhi lebah, gerai berkenaan tetap menerima ramai pelanggan yang dilihat beratur menunggu giliran untuk mendapatkan minuman itu.
Meskipun lebah diketahui sebagai serangga yang mampu menyengat, namun peniaga dan pelanggan di gerai berkenaan seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran ribuan serangga itu.
Peniaga tetap gigih memenuhi permintaan pelanggan dan pelanggan setia beratur panjang untuk mendapatkan minuman itu.
Pastinya teh bunga di gerai berkenaan istimewa kerana mampu menarik minat bukan sahaja pelanggan malah, ribuan ekor lebah!
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Ribuan lebah hurung kedai peniaga teh bunga ni, tapi tetap pelanggan beratur panjang nak beli
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suBxGn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Ribuan lebah hurung kedai peniaga teh bunga ni, tapi tetap pelanggan beratur panjang nak beli
Anda sekarang membaca artikel Ribuan lebah hurung kedai peniaga teh bunga ni, tapi tetap pelanggan beratur panjang nak beli dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/ribuan-lebah-hurung-kedai-peniaga-teh.html