ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN

ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN
link : ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN

Baca juga


ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan besar-besaran peringkat atasan di semua bahagian di Bukit Aman dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, setakat ini sekurang-kurangnya 20 anggota dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah pun ditukarkan.

“Peringkat bawahan JSJN kita dah mula buat beberapa pertukaran jadi ada sedikit lagi pertukaran kita akan buat.

“Tetapi suka juga saya nyatakan bahawa dalam tempoh terdekat ini PDRM akan membuat rombakan besar di peringkat atas, mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur Warga PDRM bersama Ketua Polis Negara, Sabtu.

Bagaimanapun beliau berkata pertukaran dalam PDRM merupakan perkara biasa dan hanya sesekali pertukaran ‘luar biasa’ akan dilakukan.

Mengenai kes mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khalid berkata polis masih lagi menjalankan siasatan.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan jadi tunggulah sehingga selesai siasatan kemudian kita akan bentangkan kes kepada Peguam Negara tidak lama lagi,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang, 1 Jun lepas dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Susulan kejadian itu, polis telah mereman 36 penuntut UPNM termasuk empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang yang berusia 20 hingga 21 tahun.

Pelajar Uniten itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r77zas

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN

Sekianlah artikel ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ROMBAKAN BESAR-BESARAN LEPAS RAYA – KPN dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/rombakan-besar-besaran-lepas-raya-kpn.html

Subscribe to receive free email updates: