Judul : Saidatina Fatimah: Aurat & Taqwa Ahli Syurga
link : Saidatina Fatimah: Aurat & Taqwa Ahli Syurga
Saidatina Fatimah: Aurat & Taqwa Ahli Syurga
FATIMAH binti Muhammad, puteri Rasulullah. Wanita yang sangat menjaga auratnya bahkan sehingga wafat.
Ayahandanya, Rasulullah pernah bersabda,
“Rasa malu tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kebaikan” (HR. Bukhari)
Fatimah pernah mencurahkan rasa hatinya yang merasa malu apabila dikafankan nanti kepada Asma binti Umais.
“Sesungguhnya aku merasa malu dengan apa yang terjadi untuk para wanita ketika mereka dipakaikan sebuah kain kafan, maka kafan itu membentuk tubuhnya.”
Wanita yang meninggal akan dipakaikan dengan lima lapis kain kafan dan diusung diatas kayu yang mendatar pada waktu itu dan akan diselimuti dengan sehelai kain yang menampakkan lekuk batang tubuh si mati.
Walaupun dipakaikan dengan lima lapis kain, Saidatina Fatimah masih lagi malu dan bimbangkan auratnya saat dirinya wafat nanti.
Kegelisahan hatinya ditenangkan dengan perkhabaran Asma binti Umais bahawa ada sebuah peti mati yang tertutup di seluruh sisinya seperti sebuah kotak.
Apabila peti itu telah siap dibina, Saidatina Fatimah sangat bahagia dan berkata kepada Asma binti Umais;
“Semoga Allah menutup auratmu sebagaimana engkau telah berusaha untuk menutup auratku. Betapa indahnya buatanmu ini, sehingga wanita yang meninggal bisa dibedakan dengan lelaki yang meninggal. Jika aku mati, maka mandikanlah diriku bersama Ali.” (HR. Abu Nu’aim Al-Asbahani)
Sehingga dirinya wafat, Saidatina Fatimah amat bimbangkan keadaan auratnya. Lambang kehormatan dirinya dan maruah yang harus dipertahankan sehingga hembusan nafas yang terakhir.
Apa pula lambang kehormatan diri dan makna aurat para wanita zaman ini?
#laskarmalaya
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t8iD7Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Saidatina Fatimah: Aurat & Taqwa Ahli Syurga
Anda sekarang membaca artikel Saidatina Fatimah: Aurat & Taqwa Ahli Syurga dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/saidatina-fatimah-aurat-taqwa-ahli.html