Judul : Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan
link : Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan
Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan
LONDON – Lapan anggota polis terpaksa melepaskan sehingga 50 das tembakan untuk menghalang perbuatan tiga suspek dalam insiden serangan berdarah di Jambatan London di sini, kelmarin.
Ketiga-tiga penyerang sebelum itu dikatakan memandu sebuah van sewa dan sengaja merempuh sekumpulan pejalan kaki sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan mencederakan 48 yang lain.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian ‘Counter Terrorism’ Britain, Mark Rowley sambil mendedahkan, 10 orang terbunuh termasuk tiga penyerang yang turut bertindak menikam orang ramai menggunakan senjata tajam.
Suspek nekad menyerang secara rambang dekat Pasar Borough dalam kejadian disifatkan ‘aksi pengganas’ terburuk selepas serangan di luar Parlimen Britain pada 22 Mac lalu yang membunuh lima orang manakala 40 lagi cedera.
Rowley berkata, dalam kejadian pada pukul 10.08 malam Ahad waktu tempatan (6.08 pagi Isnin waktu Malaysia), ketiga-tiga lelaki tersebut dikatakan hanya memakai jaket berisi bom yang kemudian disahkan sebagai palsu.
Perkhidmatan Ambulans London memaklumkan bahawa hampir 50 orang disahkan cedera termasuk seorang pegawai polis serta dua warga Perancis dan kebanyakan mangsa masih lagi berada dalam keadaan kritikal.
Mereka telah dikejarkan ke lima buah hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Serangan tersebut berlaku kira-kira beberapa hari lagi menjelang pilihan raya umum di seluruh Britain pada Khamis ini.
Ia secara kebetulan beberapa minit sebelum berakhir perlawanan akhir bola sepak Liga Juara Eropah antara Real Madrid dan Juventus di kawasan dipenuhi orang ramai leka menonton perlawanan itu menerusi skrin televisyen.
Polis yang ‘mengepung’ Pasar Borough kemudian menembak mati tiga penyerang itu pada pukul 10.16 malam dekat sebuah jambatan. Tragedi tersebut diisytiharkan sebagai ‘serangan pengganas’ pada pukul 12.25 tengah malam.
Manakala pihak berkuasa London melalui laman sosial Twitter menggesa penduduk London agar segera ‘lari, bersembunyi, beritahu’ jika mereka secara kebetulan terperangkap dalam insiden keganasan tersebut.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 12 suspek telah ditahan di sebuah pangsapuri dekat Barking, timur London bagi membantu siasatan pihak polis susulan insiden serangan berdarah tersebut sepanjang Ahad.
Polis terpaksa bertindak mengepung kawasan pangsapuri itu selepas menerima maklumat mengatakan salah seorang daripada penyerang yang terbunuh dalam insiden tersebut pernah tinggal di kawasan berkenaan.
Kejadian berlaku kurang dua minggu selepas seorang lelaki, Salman Abedi meletupkan dirinya menyebabkan 22 orang maut di Manchester Arena, Manchester semasa konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande.
Malah, serangan terbaharu semalam itu merupakan yang ketiga dalam tempoh tiga bulan ini selepas satu serangan pengganas berdarah di Jambatan Westminster pada akhir Mac lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan
Sekianlah artikel Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/serangan-london-50-das-bunuh-3-suspek_4.html