Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan

Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan
link : Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan

Baca juga


Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyuarakan kekesalan dan berpendirian, kes silap serah jenazah mualaf Cina Sabtu lalu tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya memandang serius insiden berkenaan kerana pengurusan hospital dan Unit Forensik mempunyai garis panduan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) tertentu.

"Ia menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris, justeru tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan terbabit yang tidak mematuhi garis panduan dan SOP ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kekeliruan terhadap nama asal seorang lelaki mualaf, dipercayai menjadi punca jenazahnya diserahkan oleh Hospital Kajang kepada pengurusan mayat bukan Islam hingga menyebabkan ia dibakar di krematorium dekat Cheras, kelmarin.

Dr Noor Hisham berkata, maklumat dan siasatan awal daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) serta Hospital Kajang mengesahkan bahawa berlaku kesilapan penyerahan mayat.

Sehubungan itu, katanya, JKNS dan pengurusan Hospital Kajang melaksanakan siasatan mendalam bagi merungkai punca kesilapan, sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

"Pengurusan abu mayat diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Rumah Kebajikan yang terbabit (semalam).

"Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak hospital (Kajang) bagi mengelakkan insiden sama daripada berulang," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGulGH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan

Sekianlah artikel Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Silap Serah Jenazah Tak Sepatutnya Berlaku - KP Kesihatan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/silap-serah-jenazah-tak-sepatutnya.html

Subscribe to receive free email updates: