Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis

Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis
link : Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis

Baca juga


Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis

Nik Nazmi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang SRC International berjumlah RM9.5 juta daripada Perdana Menteri.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan sisatan serta-merta sementara Shafee harus ‘berehat’ daripada kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, terdapat empat persoalan berkaitan dakwaan itu yang perlu dijelaskan, jika benar berlaku transaksi seperti dibuat Sarawak Report.

“Apa sebenarnya tujuan pembayaran RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Shafee dan adakah ia berkait dengan kis liwat Anwar?

“Siapa lagi yang menerima pembayaran daripada duit SRC melalui akaun peribadi Najib?” katanya dipetik MalaysiaKini.
 
NAJIB SRC

Terdahulu, Nik Nazmi hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dan Ketua Biro Agama AMK, Wan Ji Wan Hussin sekitar jam 11 pagi.

Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa Najib membayar wang daripada anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu kepada Shafee, pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Nik Nazmi berkata, AMK juga bersedia mempertimbangkan untuk mengadukan dakwaan sama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Peguam.

Katanya, Najib dan Shafee juga berkemungkinan akan terus membisu terhadap dakwaan itu.

“Beliau (Shafee) merupakan peguam dan peguam ada kod etika dia sebagai seorang profesional,” katanya.


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis

Sekianlah artikel Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal RM9.5 juta: AMK lapor polis dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/skandal-rm95-juta-amk-lapor-polis.html

Subscribe to receive free email updates: