Judul : Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250
link : Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250
Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250
Denda sebanyak RM250 boleh dikenakan pada penduduk yang gagal mematahui Operasi Kawal Selia Pengasingan Sampah yang ditetapkan MBPP. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Usaha mendidik masyarakat di negara ini mengasingkan sampah bukan perkara mudah untuk dilaksanakan apatah lagi tabiat segelintir membuang sampah di merata tempat masih lagi berlaku. Siapa yang patut dipersalahkan? dalam mengatasi isu sampah yang semakin banyak dibuang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil inisiatif melaksanakan Operasi Kawal Selia Pengasingan Sampah bermula 1 Jun lalu.
Seperti dijangka ia mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada orang ramai. Malah, masih terdapat segelintir penduduk yang keliru dengan arahan tersebut selain mempertikai denda RM250 yang dikenakan jika gagal berbuat demikian adalah sesuatu yang tidak wajar.
Bagi peniaga, Alias Iskandar, 39, pelaksanaan yang dilakukan MBPP adalah satu usaha yang cukup baik kerana berjaya melangkau ke arah fasa baru. Jika dulu tiada tindakan dilakukan atau diberikan sehingga orang ramai bertindak membuang sampah merata-rata tanpa rasa bersalah.
"Jika dikuatkuasakan undang-undang seperti denda atau apa sahaja, masyarakat perlu patuh dan akur dengan segala arahan tersebut. Saya juga akur dengan segala arahan diberikan MBPP selain mengharapkan arahan yang ditetapkan itu juga terbaik dan selamat," katanya kepada Rojak Daily Skop!,
Setiausaha Bandaran MBPP, Yew Tung Seang berkata, sebelum ini pelbagai pendekatan, penerangan dilakukan MBPP yang bertindak turun padang bertemu dengan penduduk dan memberitahu matlamat operasi ini dijalankan.
"Masyarakat perlu tahu bagaimana MBPP dapat mengasingkan bahan kitar semula dengan sampah sejak tahun lalu dan ia mudah difahami. Satu peraturan mengenai operasi khas dikenali sebagai Ops Kawal Selia Pengasingan Sisa telahpun diadakan di sebuah resoran.
"Dalam peraturan itu segala peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi orang ramai yang tinggal sama ada di kawasan perumahan kos sederhana rendah, kediaman bertingkat," katanya.
Menurutnya, sejak adanya arahan itu pada tahun lalu, ia memberi pelbagai reaksi termasuk ada yang menerima dan ada yang menolaknya.
"Setiap penduduk di kediaman bertanah perlu menempatkan bahan buangan seperti kertas, plastik dan bekas aluminium di tepi tong sampah. Bagi penghuni kediaman bertingkat pula, badan pengurusan bersama akan mengendalikan sistem pengasingan bahan buangan manakala jawatankuasa pengurusan pangsapuri perlu menyediakan ruang untuk penduduk berkenaan meletakkan sampah termasuk bahan kitar semula," katanya.
Tun Seang berkata, pihaknya kini sudah menguatkuasa operasi sejak 1 Jun dan kira-kira 100 notis serta pengasingan sampah telah dikeluarkan membabitkan kawasan di Bukit Gedung, Bayan Baru dan Taman Hijau, Jelutong. Dalam operasi itu sejumlah 31 notis dan 19 pengasingan di Bukit Gedung manakala 27 notis dan 23 pengasingan sampah dilakukan di Taman Hijau, Jelutong serta tumpuan di kawasan Taman Sri Nibong juga tidak terkecuali apabila lebih 100 notis dikeluarkan.
"Tempoh selama setahun sudah diberikan kepada semua untuk membiasakan diri dengan dasar yang ditetapkan dan arahan perlu dipatuhi dan sekiranya gagal denda RM250 akan dikenakan terhadap mereka," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWgn2c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250
Anda sekarang membaca artikel Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250 dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/susah-sangat-ke-nak-asingkan-sampah.html