Judul : Syurga Yang Ku Dambakan
link : Syurga Yang Ku Dambakan
Syurga Yang Ku Dambakan
Assalamualaikum follower iiumc. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah aku. Aku mulakan cerita dengan sedikit info mengenai diriku. Aku seorg isteri kpd suamiku, ibu kpd anak2ku dan juga anak kepada kedua ibu bapaku. Aku anak sulung drpd 3 org adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga yang penuh sederhana. Suami org biasa, bapaku org yg agak dikagumi dan dikenali, ibuku seorg suri rumah setelah disahkan menghidap kanser stage 4.
Kisahku bermula, bilamana, ibuku disahkan menghidap kanser. Kini, doktor sahkan tiada lagi ubat yg dapat mengubati penyakit ibuku. Untuk makluman, ibuku sangat bertuah kerana mendapat rawatan yg tersangatlah canggih tanpa mengeluarkan sesen pun duit simpanan kami semua. Syukur padamu ya Allah kerana mengurniakan kemudahan ini pd kami. Baiklah, aku pendekkan cerita, sebaik sahaja ibuku disahkan menghidap kanser, satu persatu dugaan datang. Seorang demi seorang memunculkan diri meminta supaya ibuku menjelaskan hutang. Disebabkan bapaku selalu sibuk dengan kerjayanya, bapaku tidak dapat menghidu setiap perbuatan ibuku. Bapaku meletakkan 100% kepercayaan terhadap ibuku. Hutang ibuku? Bukan sikit. Tetapi berpuluh puluh ribu. Setakat itu yang kami tahu. Boleh jadi, hutang ibuku mencecah ratusan ribu. Macam mana hutang boleh menccecah sebanyak itu? Kami pun tidak tahu. Kami tiada jawapan sehingga hari ini. Gigih bapaku mencari wang untuk menjelaskan hutang ibuku. Akan tetapi, semakin bapaku membantu, semakin banyak hutang2 ibuku yg dapat kami kesan. Berbincang? Bukan kami tak berbincang, tapi, setiap kali soalan mengenai hutang diajukan, ibuku pasti akan melenting. Akhirnya, tiada jawapan yang kami dapat dr ibu. Apa yg kami tahu, ibu gemar bershopping dan berjalan2. Tapi bila difikirkan, macam tak logik ibuku berhutang sehingga puluhan ribu. Ya Allah, kami berserah kepadamu ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami. Ampunilah segala dosa2 ibuku!
Kami lalui hari hari yang mendatang dengan penuh tenang walaupun dugaan datang bertimpa timpa. Tipulah kalau aku sebagai anak tidak risau tentang perkara ini. Kini, aku merasakan, memikul tanggungjawab sebagai anak lebih sukar berbanding memikul tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Aku bersyukur
Nasihatku buat teman teman sekalian, jika kalian berumahtangga, pastikan tiada rahsia diantara kalian suami isteri. Para suami mahupun isteri, ambil berat terhadap pasangan masing2. Jangan pentingkan diri sendiri. Banyakkan perbincangan dua hala. Jangan terlalu sibuk dan asyik mengejar duniawi. Hidup bersederhana sahaja. Tidak perlu berbelanja mengikut nafsu sehingga terjebak ke kancah hutang.
Ku mohon, teman teman sekalian, mohon doakan agar kesihatan ibuku beransur pulih dan doakan supaya pintu hati ibuku dibuka sebelum Beliau menemui Allah. Allahumma amin
Puan A
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFwSn4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Syurga Yang Ku Dambakan
Anda sekarang membaca artikel Syurga Yang Ku Dambakan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/syurga-yang-ku-dambakan.html