Judul : “Tak Mampu Balas Pengorbanan Ibu Dan Ayah.” – Irfan Haris
link : “Tak Mampu Balas Pengorbanan Ibu Dan Ayah.” – Irfan Haris
“Tak Mampu Balas Pengorbanan Ibu Dan Ayah.” – Irfan Haris
Syahdu jarang bersama keluarga di Ramadan ini. (Gambar: Z.Nadzri)
Bahang populariti mulai dirasai penyanyi lagu Redha, Irfan Haris Othman, 16, apabila dia terpaksa berulang alik antara Johor Bharu dan Kuala Lumpur demi memenuhi pelbagai agenda seni di ibu kota.
Meskipun Irfan gembira dengan perkembangan itu kerana menjadi penyanyi adalah cita-citanya sejak kecil namun dia terpaksa mengorbankan masanya bersama keluarga. Ramadan ini juga dia tidak dapat menyempurnakan solat tarawikh sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
“Tarawikh, solat sunat yang Allah SWT hadiahkan kepada umat Islam hanya pada Ramadan saja. Seboleh mungkin saya tak mahu meninggalkannya tetapi tahun ini saya agak sibuk.
“Memang seronok ke masjid bersama keluarga dan apabila sampai di rumah Allah SWT itu menambahkan lagi kesyahduan di hati,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Sempena Ramadan ini juga, setulus hati Irfan menzahirkan seluruh kasih sayangnya buat kedua orang tuanya yang sentiasa menyokong minatnya dalam bidang seni.
“Mereka menyediakan segala yang terbaik untuk saya, sanggup menemani saya dan kerana merekalah saya berada pada tahap sekarang.
“Saya tidak termampu membalas pengorbanan mereka, melainkan secebis doa agar mereka berdua berbahagia di dunia dan akhirat,” katanya.
Irfan baru saja tampil dengan single kedua berjudul Pesan dan lagu itu mengulangi kejayaan lagu Redha. Baru saja dimuatnaik di Youtube, ia sudah ditonton lebih 800,000 kali.
Pesan juga menjadi lagu runut bunyi untuk drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvg6Xo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel “Tak Mampu Balas Pengorbanan Ibu Dan Ayah.” – Irfan Haris
Anda sekarang membaca artikel “Tak Mampu Balas Pengorbanan Ibu Dan Ayah.” – Irfan Haris dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/tak-mampu-balas-pengorbanan-ibu-dan.html