Judul : TERKINI Sambutan BesarBesaran Kejayaan Rejim Israel Laknatullah Tawan Baitulmaqdis Di Melaka
link : TERKINI Sambutan BesarBesaran Kejayaan Rejim Israel Laknatullah Tawan Baitulmaqdis Di Melaka
TERKINI Sambutan BesarBesaran Kejayaan Rejim Israel Laknatullah Tawan Baitulmaqdis Di Melaka
BANGI, 10 Ramadan 1438H, Isnin Berselindung di sebalik sambutan ulang tahun penubuhan ASEAN dan upacara keagamaan Kristian, satu sambutan besar-besaran kejayaan rejim Yahudi Israel menawan Baitulmaqdis 50 tahun lalu dan menyokong penubuhan negara Israel akan diadakan Melaka pada 15 Jun hingga 18 Jun ini.
Majlis itu akan diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dengan mendapat kerjasama Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).
JHOPFAN adalah organisasi yang menyokong usaha Yahudi untuk menggali kawasan di bawah Masjidil Aqsa bagi membina kuil ke tiga Yahudi.
Mereka mendakwa King Solomon membina kuil pertama Yahudi sebelum dimusnahkan orang Babylonia. Kemudian ketua suku Judah, Zerubbabel, membina semula kuil itu yang jatuh ke tangan kuasa Rom.
Sambutan di Melaka itu adalah anjuran bersama All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) yang dilantik oleh Golden Gate Nations; Elim Freedom; Melaka Pastors Fellowship; Calvary Life Assembly Chinese; AMGGRC Facilitator Council; dan YHWHs Asia House Of Prayer For All Nations (YAHOPFAN.
Laman web AMGGRC mengatakan Malaysia adalah negara yang termasuk di dalam wilayah pintu gerbang timur di Baitulmaqdis.
Berdasarkan poster yang dimuat naik dalam laman web AMGGRC, dengan jelas terpampang perkataan Jerusalems Jubilee dan dibawahnya adalah lambang menorah (kaki pelita yang mempunyai tujuh tiang lampu) yang menjadi simbol Yahudi sejak zaman purba serta lambang kebesaran Israel sekarang ini.
Menurut AMGGRC, 2017 adalah tahun yang bersamaan dengan tahun 5777 dalam kalendar Yahudi, adalah masa yang sangat penting, kerana ia adalah tahun jubli emas (50 tahun) pembentukan ASEAN dan penyatuan semula Jerusalem (Baitulmaqdis).
Kenyataan AMGGRC itu bertepatan dengan maklumat dalam The Golden Report, bahawa 2017 adalah tahun jubli emas buat Israel yang meraikan kemenangan perang enam hari yang berlaku pada 5 Jun hingga 10 Jun 1967, ke atas Mesir, Jordan dan Syria.
Kesan perang itu antara lain menyebabkan keluasan Israel bertambah dan peningkatan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Sambutan di Melaka itu dijangka dihadiri ribuan penganut Kristian serta penyokong Israel dari negara-negara Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara di dalam sagmen Golden Gate.
Kenapa Malaysia dipilih? AMGGRC memberi alasan:
Sesungguhnya Tuhan telah mengumumkan melalui para nabi-Nya takdir Malaysia sebagai negara pemangkin kebangkitan bagi Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara di dalam Golden Gate sagmen, kata AMGGRC.
Sementara itu, Pastor Afeef Halasah dari Jordan dalam kenyataannya pula menggesa negara di rantau ini membawa delegasi terbesar untuk menghadiri sambutan kali ini di Melaka kerana ia adalah masa yang istimewa.
Sumber: tambahcheese
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVcZto
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel TERKINI Sambutan BesarBesaran Kejayaan Rejim Israel Laknatullah Tawan Baitulmaqdis Di Melaka
Anda sekarang membaca artikel TERKINI Sambutan BesarBesaran Kejayaan Rejim Israel Laknatullah Tawan Baitulmaqdis Di Melaka dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/terkini-sambutan-besarbesaran-kejayaan.html