Judul : Tindakan Tegas Kakitangan Hospital Tidak Patuh Sop Serah Mayat
link : Tindakan Tegas Kakitangan Hospital Tidak Patuh Sop Serah Mayat
Tindakan Tegas Kakitangan Hospital Tidak Patuh Sop Serah Mayat
Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang didapati tidak mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) sehingga berlaku kesilapan dalam penyerahan mayat di Hospital Kajang dua hari lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang membuat siasatan mendalam berhubung kejadian itu selepas pihak hospital berkenaan mengesahkan kesilapan tersebut.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesal dan memandang serius insiden ini. KKM berpendirian ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Menurut Noor Hisham, pihak hospital dan unit forensik sudah pun mempunyai garis panduan serta SOP Perubatan Forensik yang menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan, akibat kesilapan penyerahan mayat seorang mualaf yang bernama Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya Lin Ah San @ Lim Ah San, menyebabkan mayat itu disempurnakan mengikut agama Buddha. – Bernam
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEXMJM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Tindakan Tegas Kakitangan Hospital Tidak Patuh Sop Serah Mayat
Sekianlah artikel Tindakan Tegas Kakitangan Hospital Tidak Patuh Sop Serah Mayat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tindakan Tegas Kakitangan Hospital Tidak Patuh Sop Serah Mayat dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/tindakan-tegas-kakitangan-hospital_5.html