Judul : Tradisi Pelita Raya Hiasi Dataran Merdeka
link : Tradisi Pelita Raya Hiasi Dataran Merdeka
Tradisi Pelita Raya Hiasi Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR – Mengimbas suasana tradisi menjelang Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi, 500 pelita menghiasi sebahagian Dataran Merdeka sempena Malam Tujuh [email protected] Merdeka bermula malam ini sehingga 24 Jun.
Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur Khairul Anuar Mhd Juri berkata pemasangan deretan pelita di bahagian belakang dataran itu adalah penganjuran kali ketiga, yang bertujuan menyemarakkan semula keunikan budaya Melayu terutamanya kepada pelancong asing.
“Menjadi tradisi orang Melayu memasang lampu pelita ketika Ramadan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Namun tradisi ini semakin dilupakan terutamanya di bandar seperti di Kuala Lumpur, jadi kita harap program ini akan mengembalikan nostalgia malam tujuh likur ini, ” katanya kepada Bernama selepas merasmikan acara tersebut.
Selain pemasangan pelita, Khairul Anuar berkata suasana Dataran Merdeka juga dimeriahkan dengan acara [email protected] 2017 pada setiap hujung minggu sepanjang Ramadan ini.
Katanya program berbuka puasa secara beramai-ramai itu setakat hari ini menarik lebih 60,000 orang termasuk pelancong dari luar negara. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tBR0Ey
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Tradisi Pelita Raya Hiasi Dataran Merdeka
Anda sekarang membaca artikel Tradisi Pelita Raya Hiasi Dataran Merdeka dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/tradisi-pelita-raya-hiasi-dataran.html