Judul : Wanita Pukul Budak Perempuan Ditahan
link : Wanita Pukul Budak Perempuan Ditahan
Wanita Pukul Budak Perempuan Ditahan
SUBANG JAYA – Wanita yang memukul seorang budak perempuan yang rakaman videonya viral di laman sosial, sudah ditahan polis.
Tangkapan itu disahkan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari dalam kenyataan, malam tadi.
Katanya, wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi mendapatkan perintah reman pagi ini. “Mangsa sudah diselamatkan.
“Suspek sudah ditangkap. Laporan lanjut menyusul,” katanya. Berdasarkan rakaman video itu, kejadian dikatakan berpunca apabila budak itu menumpahkan makanan menyebabkan wanita terbabit berang dan bertindak memukulnya berulang kali, dipercayai menggunakan alat garu belakang.
Difahamkan, kejadian di sebuah rumah di Taman Puchong Perdana, Puchong, dekat sini dan dirakam seorang individu yang tidak diketahui identitinya.
Dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu juga, wanita berkenaan pada mulanya mengarahkan budak itu turun daripada meja makan.
Sejurus kemudian, dia dilihat memukul budak itu dengan kuat tanpa henti sambil memarahinya.
Budak malang itu yang kesakitan kemudian menjerit namun, tidak diendahkan wanita itu yang terus memukulnya.
Pada minit akhir video itu juga dapat dilihat wanita itu menendang budak terbabit dan memakaikan kembali baju sebelum menyuruhnya masuk ke dalam bilik. – Berita Harian
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0oue2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Wanita Pukul Budak Perempuan Ditahan
Anda sekarang membaca artikel Wanita Pukul Budak Perempuan Ditahan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/wanita-pukul-budak-perempuan-ditahan.html