Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen?

Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen? - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen?
link : Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen?

Baca juga


Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen?

A Kadir Jasin


ULASAN l Pada mulanya saya tidak bercadang mengulas dakwaan terbaru yang super sensasi oleh Sarawak Report bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terima yuran RM9.5 juta kerana menjadi pendakwa raya sementara kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sarawak Report mendakwa duit yang dipercayai dicuri daripada 1MDB itu dibayar kepada Shafee oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tapi seorang pengulas yang memakai pengenalan “anonymous” telah menghantar komen dalam posting bertajuk “Negara Kafir Lebih Peduli Penipuan 1MDB” dan mengherdik saya agar tidak lagi menulis mengenai 1MDB.

Saya sering kebingungan. Aneh seribu kali aneh. Ramai penyokong Najib, Umno dan kerajaan yang masuk blog ini mengulas menggunakan “anonymous” yang mereka tahu saya tidak akan siar.

Saya hairan mengapa mereka takut guna nama sendiri atau nama samaran.

Logiknya, bila sokong Najib, Umno dan kerajaan mereka tidak perlu berasa takut. Yang patut takut adalah pembahas anti-Najib, Umno dan kerajaan.

Mungkin penyokong Najib ini malu dengan tahap perbahasan mereka yang hambar atau mereka tidak ikhlas menyokong Najib.

Boleh jadi sesetengah daripada mereka adalah penulis dedak yang terpaksa menghantar komen setakat memenuhi kuota dedak mereka.

Pada 1 Jun, portal berita UK itu melaporkan yang Shafee terima dua pembayaran daripada akaun peribadi Najib di AmBank nombor 2112022011906.

Satu pada 11 September 2013 sebanyak RM4.3 juta dan satu lagi pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta.

Parlimen dibohongi?

Persoalannya sekarang ialah bukan sahaja Shafee dibayar yuran yang begitu besar sebagai pendakwa raya helikopter tetapi kemungkinan kerajaan telah berbohong kepada Parlimen mengenainya.

Pada 11 Mac, 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri memberitahu Parlimen kerajaan hanya membayar RM1,000 kepada Shafee untuk mengetuai kumpulan pendakwaan kes itu.

Nancy berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Rakyat Bakri, Er Teck Haw dari DAP.

“Jumlah yang diberikan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara kerajaan dan ketua pendakwa,” katanya.

Apakah Nancy berbohong atau beliau mungkin tidak tahu bahawa ada kira bicara bawah meja yang melibatkan bayaran RM9.5 juta itu?

Berani Shafee nafi?

Banyak pihak telah mencabar Najib dan Shafee menafikan dakwaan itu dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report.

Kita boleh membuat kesimpulan Najib tidak akan saman. Ancam nak saman pun mungkin dia tak berani buat pasal ancaman tahun 2015 nak saman Wall Street Journal pun macam masuk angin keluar asap saja. Sampai hari ini pun tidak ada apa-apa.

Tapi adakah peguam sehebat Shafee akan berdiam diri dan membiarkan mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membuat pengadilan bahawa laporan Sarawak Report itu benar?

Maaflah kalau saya terlepas pandang, tetapi saya tidak pula terbaca atau dengar dari mana-mana sumber mengatakan Shafee akan membersihkan namanya di mahkamah undang-undang (court of law).

Saya buat carian Internet dengan menaip “Shafee nafi terima RM9.5 juta daripada Najib” tapi tidak ada hasil mengatakan Shafee telah membuat penafian.

Justeru itu, adalah tidak menghairankan kalau banyak pihak percaya memang benar Najib bayar dia RM9.5 juta sebab itu rekod Najib. Dia suka guna duit. Bagi Najib, duit adalah raja (cash is king).

Yang akan membusukkan lagi nama Shafee ialah bayaran yang didakwa itu adalah daripada sumber 1MDB yang disonglap dan masuk akaun peribadi Najib.


DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen?

Sekianlah artikel Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yuran Shafee: Kerajaan bohong kepada parlimen? dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/yuran-shafee-kerajaan-bohong-kepada_94.html

Subscribe to receive free email updates: