Judul : Zaman Kanakkanak Yang Indah
link : Zaman Kanakkanak Yang Indah
Zaman Kanakkanak Yang Indah
Saya anak kampung, dilahirkan dan dibesarkan di kampung. Mak & ayah sekampung, jadi kedua-dua tok & tokki sekampung (eh byk pulak perkataan kampung). Dulu di kampung, Ramadhan adalah bulan yang sangat meriah. Maklumlah, hantu & syaitan diikat maka kami kanak-kanak ribena nilah yang mengambil alih shift malam ..kononnya..heehe. Kalau sebelum ini nak pergi jalan kaki ke rumah tok malam-malam agak seram, minta ayah tolong hantarkan dengan kereta. Tapi di bulan puasa eksyen betul kami round2 ke seluruh pelusuk kampung berbekalkan tanglung. Tak pun dengan pelita buatan menggunakan tempurung, kayu, dan lilin. Mancis dibawak siap-siap, takut lilin terpadam. Kadang-kadang tanglung terbakar bila bergegar, jadi tanglung spare dibawa bersama. Harga sebiji tanglung antara 20sen 70 sen, bergantung kepada saiz. Malam-malam yang lain pula kami pergi ke rumah jiran utk terawikh, disebabkan masjid/surau sudah penuh. Rumah jiran 2 tingkat; tingkat bawah kedai runcit + dapur, tingkat atas seperti foyer + bilik2, cukup untuk memuatkan puluhan Jemaah. Moreh adalah acara yang ditunggu-tunggu. Semua orang membawa sedikit kuih dari rumah masing-masing, konsep potluck. Pendek kata di kampung saya, malam Ramadhan adalah malam yang meriah dgn org dewasa, juga kanak-kanak ribena seperti kami.
Oleh kerana mak dan ayah asalnya sekampung, jadi kebanyakan penduduk kampung merupakan sanak saudara kami. Kami mengenali hampir semua orang di kampung, dan tiada masalah untuk turun/naik rumah jiran. Di hari lebaran, jalan2 kampung penuh sesak dgn orang-orang yg berjalan kaki ke rumah keluarga & jiran (rumah di kampung saya rapat-rapat, dan hampir 90% tidak berpagar). Sebelah pagi ikut mak-ayah beraya, sebelah petang ikut member pula pergi menoreh duit raya. Kadang-kadang dapat 20 sen, 50 sen. Ada ramai juga yang bagi seringgit. Beg tangan sarat dengan syiling, hati pun berbunga. Dahulu jika dapat kumpul rm100 dah dikira banyak.
Di bulan-bulan biasa pula, kami menghabiskan sebelah petang dgn bermain galah panjang, badminton, taa nusuk (sembunyi2), taa decok (alaa yg lompat2 dalam kotak bentuk t tu, lupe dah name bandar game tu), lompat tali, batu seremban, baling selipar, & yang paling legend, mandi sungai. Bile takde member, just pusing-pusing kampung naik basikal makcik. Tak ade istilah tuisyen mahupun tutorial di zaman kami. When you have time, you play. When you play, play real hard. Lebih kurang begitulah motto hidup kami. KAFA cuma bermula dari darjah 3, sampai darjah 5. Untuk sekolah pula, hampir 100% anak2 kampung bersekolah di kampung yang sama. Jadi setiap pagi kami berjalan kaki ke sekolah, balik tengah hari singgah makan di rumah tok. Jika lauk di rumah tok kurang memberansangkan, pg lunch second time kat rumah tok yang satu lg. hehe. Mak & ayah tak pening kepala berfikir ttg pengasuh, juga menjimatkan masa mereka dari menghantar/menjemput kami. Saya mempunyai ramai adik-beradik, namun tetap diuruskan dengan baik, berkat support system yang kukuh (2-2 family dekat, plus tak dependent kat parents utk hantar/jemput).
Di kampung saya kebanyakan suri rumah mempunyai pendapatan sampingan sebagai pengecat batik. Mereka akan pergi mengambil kain kapas putih yang telah dicop corak bunga dengan lilin, bersama warna & alatan mengecat dari sebuah pusat membuat batik di dalam kampung. Kain kapas itu kemudian diregangkan di hadapan rumah, atau di bawah rumah sebelum di cat. Bila saya kebosanan, sy akan pusing-pusing kampung utk mencari rumah yang ade meregangkan kain pada ketika itu, & minta izin untuk turut sama mengecat haha. Its actually a win-win situation sbb saya memang suka & pandai mengecat, & mereka pun boleh berehat sekejap. Jiran saya mencari rezeki dgn membuat/menjual kerepek sagu, dan semestinya rumah beliau menjadi port feveret kami adik beradik. Selain tolong menekap kerepek, kami juga sibuk mengecat batik (jiran saya meregang batik di dalam rumah) dan makan recehan kerepek yg tidak berbentuk bulat (kononnya haha).
Maaf jika karangan ini agak merapu dan janggal. Sekadar menghabiskan lunch time di bulan puasa, sambil teringat kampung halaman, walaupun tak sama seperti zaman 90-an dulu.. terasa sedih di sudut hati mengenangkan anak2 sekarang tidak dapat merasai apa yang saya lalui di era childhood. Semangat kejiranan semakin tipis, anak2 pula tak lagi bebas berkawan & berjalan atas faktor2 keselamatan.. tiada lagi kemeriahan kampung seperti dahulu.. mungkin inilah harga kemodenan..entahlah.
biskut oat
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiTJDm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Zaman Kanakkanak Yang Indah
Anda sekarang membaca artikel Zaman Kanakkanak Yang Indah dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/zaman-kanakkanak-yang-indah.html