Judul : Ziana Zain Tidak Mahu Hanya Sekadar Jual Nama
link : Ziana Zain Tidak Mahu Hanya Sekadar Jual Nama
Ziana Zain Tidak Mahu Hanya Sekadar Jual Nama
Meski pada awalnya tidak pernah merancang untuk terlibat dalam bidang perniagaan, Ziana Zain mengakui semakin serius dengan apa yang dilakukan kini.
Menurut Ziana, perniagaan tudung Gee Shawl by Ziana Zain’sWorld yang mula diusahakan semenjak hujung tahun lalu ini semakin mendapat sambutan ramai sehinggakan dia perlu meluangkan lebih masa untuk perniagaan ini.
Bagaimanapun, Ziana yang hampir tiga puluh tahun bergelar anak seni ini tidak mahu semata-mata bergantung kepada populariti yang dimilikinya untuk melariskan produk yang dijual tetapi mahu membuktikan populariti sahaja tidak menjamin apa-apa sekiranya produk dijual tidak berkualiti.
“Saya faham sebagai seorang selebriti, orang sering menganggap kita akan melalui jalan yang mudah untuk melariskan produk dijual menerusi populariti yang dimiliki.
“Namun apalah ertinya populariti itu jika ramai yang merungut di belakang dan tidak berpuas hati dengan kualiti produk berkenaan sehingga akhirnya memberi kesan yang tidak baik pula kepada reputasi kita yang sedia ada.
“Disebabkan itulah saya sebelum ini saya begitu berhati-hati sehinggalah saya mempunyai produk yang betul-betul diyakini kualitinya untuk dikongsikan dengan orang ramai terutamanya para peminat saya,” jelasnya jujur.
Tidak kisah dengan persaingan daripada selebriti lain yang turut terlibat dalam perniagaan tudung, Ziana menegaskan kepuasannya bukan sekadar melihat larisnya tudungnya terjual, tetapi lebih kepada kegembiraan menyaksikan para peminatnya yang selesa tampil berhijab.
“Dulu kita jual tudung sekadar jual, tetapi bila ada kalangan peminat yang memberitahu mereka mula bertudung selepas mendapatkan tudung jenama kita, ia mula memberi suatu perasaan yang lain kepada saya.
“Semestinya kita akan merasa gembira apabila dapat menggalakkan orang lain untuk menjadi lebih baik menerusi apa yang kita kongsikan,” katanya yang kini sering berulang-alik ke India mencari material terbaik untuk penghasilan shawl jenamanya.
Berkongsi tentang sambutan Ramadannya pada tahun ini, Ziana yang ditemui di Majlis Pelancaran Kempen Raya dan Berbuka Puasa Bersama Ibu Tunggal di pusat membeli belah The Curve, Rabu lalu, mengakui melalui rutin serupa sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak.
“Saya akui semenjak terlibat dalam bidang perniagaan, saya sangat sibuk dengan pelbagai urusan di luar terutamanya dalam dua tiga minggu kebelakangan ini.
“Namun kesibukan itu tidak pernah membuatkan saya lupa kepada tanggungjawab di rumah sebagai seorang isteri dan ibu terutamanya pada bulan puasa ini.
“Saya sebolehnya akan pastikan segala rutin di rumah berjalan seperti biasa agar anak-anak tidak merasa terjejas jika ada ketika saya perlu berada di luar,” kata Ziana.
Kata Ziana lagi, sudah menjadi amalan mereka sekeluarga juga untuk berbuka puasa bersama-sama di rumah sambil menikmati juadah berbuka puasa yang disediakannya sendiri sepanjang Ramadan.
“Memang dari dulu lagi saya dan suami lebih suka berbuka puasa bersama-sama di rumah berbanding di luar dan kami perlahan-lahan cuba menerapkan amalan tersebut dalam diri anak-anak yang kini sedang membesar.
“Sepanjang Ramadan juga, saya jarang membeli makanan di luar kerana semenjak dari dulu lagi saya memang suka memasak dan menyediakan sendiri menu pilihan suami dan anak-anak untuk hidangan berbuka puasa.
“Kalau ada urusan di luar atau majlis berbuka puasa yang perlu dihadiri, saya akan terlebih dahulu memasak untuk mereka sebelum keluar dari rumah agar hati saya senang dan tidak merasa bersalah meninggalkan mereka di rumah,” jelasnya.
Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Aiman, 17, Muhammad Ammar, 14, Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh, 8, mengakui turut gembira apabila melihat anak-anaknya teruja menyambut Ramadan.
“Sebagai ibu semestinya saya merasa sangat gembira bila anak-anak sibuk nak berpuasa, terawih dan sebagainya tanpa perlu kita suruh-suruh kerana mereka sendiri tahu untuk menikmati bulan Ramadan yang mulia ini.
“Begitu juga dengan si kembar bongsu yang beria mahu berpuasa penuh sepanjang Ramadan meskipun kadang kala mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.
“Sebagai ibu memang kita mahukan yang terbaik untuk anak, tetapi bagi anak-anak yang belum wajib berpuasa itu, biarlah mereka buat mengikut kemampuan diri dan janganlah terlalu memaksa sehingga memudaratkan diri mereka,” tegas Ziana.
The post Ziana Zain Tidak Mahu Hanya Sekadar Jual Nama appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCv9wJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Ziana Zain Tidak Mahu Hanya Sekadar Jual Nama
Anda sekarang membaca artikel Ziana Zain Tidak Mahu Hanya Sekadar Jual Nama dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/ziana-zain-tidak-mahu-hanya-sekadar.html