Ibu dipenjara 75 tahun, lacur anak 13 dan 10 tahun kepada lelaki Bangladesh - Hallo sahabat
Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu dipenjara 75 tahun, lacur anak 13 dan 10 tahun kepada lelaki Bangladesh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Bola Sepak,
Artikel Khabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Perniagaan,
Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ibu dipenjara 75 tahun, lacur anak 13 dan 10 tahun kepada lelaki Bangladeshlink :
Ibu dipenjara 75 tahun, lacur anak 13 dan 10 tahun kepada lelaki Bangladesh
Ibu dipenjara 75 tahun, lacur anak 13 dan 10 tahun kepada lelaki Bangladesh
ANTARAPOS
JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang memperoleh bayaran RM50 seorang dengan melacurkan dua anak perempuannya, dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak itu, bulan lepas.
Perintah hukuman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Kamarudin Kamsun setelah meneliti hampir 20 minit fakta-fakta kes terbabit.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang mengganggur dan berusia 39 tahun, melakukan kesalahan itu antara 1 Oktober hingga 7 Oktober tahun ini di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana, antara pukul 9.25 pagi hingga 2.49 petang.
Tertuduh yang merupakan ibu kandung mangsa didapati melacurkan kedua-dua anaknya, masing-masing berusia 13 dan 10 tahun, kepada dua lelaki warga Bangladesh.
Kedua-duanya kanak-kanak itu juga dipaksa melakukan hubungan seks dengan kedua-dua lelaki berkenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat oleh tertuduh sendiri.
Selepas selesai melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak tersebut, tertuduh akan menerima bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kanak-kanak, dan ada kalanya kanak-kanak tersebut akan menerima bayaran sebanyak RM1, RM5, RM10 dan RM20.
Atas kesemua kesalahan itu, tertuduh yang juga mempunyai
dua orang anak lagi masing-masing berusia empat dan lima tahun, didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman yang dikenakan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dihukum sebat tidak kurang dua sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh kerana ia merupakan kesalahan serius melibatkan kepentingan awam serta tindakan seorang ibu yang tergamak melacurkan anak sehingga menyebabkan mereka trauma.
“Hukuman berat juga perlu kerana penganiayaan seperti itu kerap dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
“Mengikut statistik pihak berkuasa dari 2010-2015, sebanyak 5,779 kes difailkan membabitkan penderaan seksual kanak-kanak,” katanya.
Hakim kemudian menetapkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan yang sama tarikh, dijalankan serentak hukumannya manakala hukuman selebihnya dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya.
Dia turut menasihatkan tertuduh yang tidak diwakili peguam agar insaf dan bertaubat dan menyifatkan hukuman itu sebagai pengajaran kepada masyarakat yang mungkin melakukan kesalahan sama di masa depan.
Appear first on
Malaysian News
Demikianlah Artikel Ibu dipenjara 75 tahun, lacur anak 13 dan 10 tahun kepada lelaki Bangladesh
Sekianlah artikel Ibu dipenjara 75 tahun, lacur anak 13 dan 10 tahun kepada lelaki Bangladesh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ibu dipenjara 75 tahun, lacur anak 13 dan 10 tahun kepada lelaki Bangladesh dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/11/ibu-dipenjara-75-tahun-lacur-anak-13.html
Related Posts :
Parkir kereta percuma bagi yang menunggu penumpang di KLIA, KLIA2THE MALAYSIAN TIMES
SEPANG: Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang parkir pe… Read More...
‘Mana Muhyiddin?’THE MALAYSIAN TIMES
ALOR SETAR: Rakyat perlu menilai dengan bijak keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin negara, memanda… Read More...
Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 12, 2018 16:25 MYT Facebook Twitter Email Google whatsapp icon Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang wanita merupakan antara lapan individu yang ditahan dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah sekitar ibu negara dan Johor Bahru. Kesemua suspek yang berusia 32 hingga 58 tahun itu ditahan dalam enam serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dalam serbuan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman itu merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM721,000. Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Bandar Baru Sri Petaling, pasukan polis menahan sepasang kekasih dipercayai dalang utama sindiket itu. Kata beliau, dalam serbuan itu kita berjaya merampas 10.3 kilogram dadah jenis syabu dan 37 biji pil ekstasi. “Siasatan awal mendapati, pasangan kekasih ini mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat. Tambah Mohmad, serbuan kedua dijalankan di Jalan Perdana, Pandan Perdana menahan tiga lelaki dan merampas 21 gram dadah jenis ketamin, 79 gram ganja, 11.5 gram syabu, 10 biji eramin serta tujuh ekstasi. Manakala katanya, serbuan yang ketiga pula di sebuah premis taman Setiawangsa di mana seorang suspek lelaki serta serbuan keempat dilakukan pasukan Sting di Setapak dan operasi terakhir dibuat di Muar, Johor. “Hasil rampasan dadah ini boleh digunakan kira-kira 51,810 penagih. Siasatan awal mendapati, sindiket itu mengedar dadah jenis syabu, ketamin, ganja, eramin 5 dan ekstasi,” katanya. Tambah Mohmad, turut ditemui 50 biji peluru hidup jenis 9mm. dan jumlah sitaan ke atas semua lokasi berjumlah RM2.73 juta. Ujarnya, pihaknya turut merampas pelbagai wang tunai bernilai RM2.1 juta, lapan kereta, lima utas jam tangan berjenama dan pelbagai jenis barang kemas dengan nilai keseluruhan sitaan RM2.73 juta. Kesemua suspek kini direman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama
… Read More...
Pelakon 'mengamuk' tiada kaitan dengan isu Ah Long - Zed ZaidiSiti Nursyazwani, Astro Awani
Pada Khamis, pelakon itu ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam … Read More...
#MalaysiaMemilih: Hari mengundi 25 Mac ini?Firdaus Azil, Astro Awani
Seperti biasa, semua pihak boleh membuat ramalan dan andaian mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan jangkaan be… Read More...