Pengerusi Jawatankuasa Pe­lan­­congan dan Kebudayaan ne­geri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, peruntukan besar itu telah memberikan manfaat kepada lebih 1.35 juta penerima.
Beliau berkata, jumlah pene­rima itu hampir menyamai jumlah penduduk negeri ini sekali gus membuktikan kerajaan ne­geri memberi keutamaan terhadap pembangunan pendidikan.
“Perbelanjaan itu meliputi pemberian biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan program-program pendidikan secara berterusan ba­gi memperkasakan kualiti pendi­dikan anak Pahang.
“Peruntukan besar dalam pel­bagai program yang dirancang membuktikan bahawa ke­rajaan negeri melalui Yayasan Pahang menitikberatkan soal