ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut

ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut
link : ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut

Baca juga


ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen pada 10 Januari ini atas tuduhan memuat naik artikel berbaur hasutan dalam blognya.
 
Keputusan sebulat suara itu dibuat Mahkamah Persekutuan oleh panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop ketika membenarkan rayuan akhir Kerajaan Malaysia.  
 
Kes itu ditetapkan untuk sebutan lusa.
 
Kuorum itu mencapai keputusan tersebut ketika menentukan dua persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh pihak kerajaan sewaktu merayu keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 3(3) Akta Hasutan 1948, melanggar Perlembagaan.
 
Seksyen 3(3) akta tersebut menyatakan, niat tidak relevan untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi mensabitkan kes hasutan asalkan wujud kecenderungan menghasut.
 
Oleh yang demikian, pertuduhan terhadap Mat Shuhaimi, 49, kerana memuat naik artikel berbaur hasutan dalam blognya, Srimuda.blogspot.com, masih mempunyai kesan dan sah di sisi undang-undang.
 
Kuorum berkenaan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Februari 2015 yang menolak saman pemula wakil rakyat pembangkang tersebut.
 
Pada 7 Februari 2011, Mat Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(c) kerana memuat naik artikel berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
 
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning di Shah Alam pada 30 Disember 2010.
 
 

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut

Sekianlah artikel ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN Sri Muda dibicara 10 Jan kerana menghasut dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/01/adun-sri-muda-dibicara-10-jan-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: