Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ

Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ
link : Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ

Baca juga


Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ

 
Ketua Pemuda PPBM menyangkal dakwaan ketua Pemuda Umno yang mendakwa memilih Dr Mahathir sebagai perdana menteri akan mencetuskan ketidakstabilan politik.


Syed-Saddiq-Khairy-Jamaluddin-ppbm

PETALING JAYA: Syed Saddiq Abdul Rahman mengingatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya tidak mencari kesalahan Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata mahu menutup kesilapan sendiri.

Ketua Pemuda PPBM itu berkata peralihan kuasa bukan perkara baharu bahkan bekas perdana menteri itu mahir dengan selok belok kerjaaan dan pilhan tepat ketika ini.

“Kita jangan lupa dibawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, mahasiswa masih lagi terancam sekiranya mereka lantang bersuara menentang kerajaan.

“Mereka akan diugut dibuang kolej atau universiti. Mereka juga akan melakukan bermacam-macam cara bagi menutup mulut rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saddiq turut mengambil contoh beberapa isu lain seperti hak milik tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Jalam Semarak, Kuala Lumpur yang dilaporkan media baru-baru ini,
dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan pada 2016.

“Saya yakin dan percaya kenyataan yang dikeluarkan Khairy ini kerana takut akan PH yang menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri ke-7.

“Beliau tahu dengan penamaan ini akan menggugat kedudukan Umno kerana sokongan Melayu, kubu kuat Umno khususnya akan beralih ke PH pada PRU yang akan datang,” katanya.

Syed Saddiq menjawab Khairy yang mendakwa pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum akan mencetuskan ketidakstabilan politik.
“Ini akan menimbulkan pergolakan dalam parti dan ini juga akan memberi ketidakyakinan dalam kalangan pelabur (iaitu) selama mana Tun M akan menjadi perdana menteri, dan bila Anwar akan mengambil alih sebagai perdana menteri.

“Kalau saya jadi pelabur, saya akan berfikir dua tiga kali sebelum membuat pelaburan besar sebab tak tahu apakah corak pentadbiran mereka,” kata Khairy.

PH semalam mengesahkan Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri.

Syed Saddiq bagaimanapun berkata Dr Mahathir mempunyai rekod yang boleh diyakini selepas berjaya mengangkat negara dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian.

“Dr Mahathir berjaya menjalankan projek-projek mega milik Malaysia seperti Menara KL dan Menara Berkembar Petronas. Pada zaman Dr Mahathir juga, Malaysia diberi gelaran Harimau Ekonomi Asia.

“Tindakan Dr Mahathir ketika menangani krisis ekonomi 1998 juga dipuji Bank Negara dan tindakannya dijadikan contoh pemimpin-pemimpin dunia dan ahli-ahli ekonomi,” katanya.


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ

Sekianlah artikel Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan cari salah Dr M untuk tutup kesilapan sendiri, Syed Saddiq beritahu KJ dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/01/jangan-cari-salah-dr-m-untuk-tutup.html

Subscribe to receive free email updates: