PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14

PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14 - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14
link : PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14

Baca juga


PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
 KOTA BHARU: PAS yakin DAP akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PPBM dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), seterusnya menguasai pakatan pembangkang.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata ini kerana PPBM sebagai parti baru, dijangka tidak mampu memenangi lebih banyak kerusi berbanding DAP yang sudah mempunyai kerusi tradisi, pengundi tegar dan kubu kuat di kawasan dipertandingkan.
 
Beliau yang dilaporkan BH Online berkata, pengagihan 52 kerusi kepada PPBM berbanding DAP hanya 35 kerusi adalah untuk mengaburi mata pengundi Melayu bahawa bukan DAP yang dominan dalam pakatan pembangkang.
 
"PPBM sendiri tiada kerusi sebenarnya kecuali di Pagoh yang dimenangi atas nama Barisan Nasional (BN), manakala kerusi Amanah pula menang kerana PAS.
 
"Jadi, kemungkinan mereka kalah adalah besar dan akhirnya DAP juga yang dominan kerana parti itu mempunyai kubu kuat, kerusi tradisi dan pengundi tegar.
 
"Perlu diingat, jumlah kerusi bertanding dengan angka menang tidak sama. Jadi, kita perlu lihat keputusan akhir nanti," katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di sini, hari ini.
 
Konvensyen pakatan pembangkang diadakan semalam di Shah Alam mengumumkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi empat parti komponennya itu dengan menetapkan PPBM mendapat jumlah kerusi terbesar iaitu 52, diikuti PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).
 
Ditanya pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata pakatan pembangkang sudah tiada calon berwibawa untuk memimpin negara bagi menggantikan BN.
 
Katanya, Dr Mahathir seorang ahli politik hebat apabila pakatan pembangkang terutama PKR dan DAP sebelum ini berlawan menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, namun tiba-tiba dalam masa dua tahun, Pengerusi PPBM itu diangkat sebagai calon Perdana Menteri.
 
"Mereka berjuang sejak 1999 untuk menjatuhkan Dr Mahathir mengenai isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi dalam masa dua tahun mereka boleh pula terima beliau walaupun sekadar cadangan Perdana Menteri sementara...tetapi itu hanya atas kertas," katanya.
 
 

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14

Sekianlah artikel PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS yakin DAP kuasai PH lepas PRU14 dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/01/pas-yakin-dap-kuasai-ph-lepas-pru14.html

Subscribe to receive free email updates: