Judul : Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI
link : Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI
Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI
ANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam negara menyifatkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan peristiwa Memali, bukanlah satu keperluan.
Sebaliknya menurut Tan Sri Abu Talib Othman, pihak polis sepatutnya mengambil tanggungjawab berkenaan dengan memberi penerangan kerana mereka berada di lokasi ketika kejadian berkenaan berlaku.
"Mengapa (kita) mahu RCI sedangkan ia peristiwa bertahun yang lalu, ia sudah jadi sejarah.
"Jika ada pihak yang lebih tahu, ia adalah polis di lapangan. Mengapa ketua polis negara (IGP) tidak berkata apa-apa? Mereka sepatutnya menyatakan kebenaran.
"Mengapa polis tidak tampil menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku di lapangan, mereka tahu tentangnya," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Peristiwa Memali kembali hangat
selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkannya di mesuarat agung pertama PPBM minggu lalu.
PAS berulangkali mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa yang mengorbankan empat anggota polis dan pemimpin PAS Kedah Ibrahim Libya beserta 13 pengikutnya di Kampung Memali di Baling, Kedah
Appear first on Malaysian News
Dr Mahathir menyalahkan mufti yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan, ekoran gagal menegur PAS sehingga membuahkan Amanat Hadi sekaligus mencetuskan peristiwa berdarah itu.
Tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menubuhkan RCI bagi menyiasat perkara itu.
Menegaskan yang pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden itu perlu dibawa ke muka pengadilan, Abu Talib berkata polis patut melakukan siasatan.
"Mereka yang mengendalikan keadaan. Mengapa politikkan isu itu sekarang...kita mahukan keamanan dalam negara. Kita ada undang-undang, dan kita semua setara di bawah undang-undang," katanya.
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI
Sekianlah artikel Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/01/tragedi-memali-polis-boleh-jawab-tak.html