Presiden PAS Umumkan Nasrudin Hassan "Tanding" Parlimen Indera Mahkota - Hallo sahabat
Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Presiden PAS Umumkan Nasrudin Hassan "Tanding" Parlimen Indera Mahkota, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Bola Sepak,
Artikel Khabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Perniagaan,
Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Presiden PAS Umumkan Nasrudin Hassan "Tanding" Parlimen Indera Mahkotalink :
Presiden PAS Umumkan Nasrudin Hassan "Tanding" Parlimen Indera Mahkota
Presiden PAS Umumkan Nasrudin Hassan "Tanding" Parlimen Indera Mahkota
KUANTAN: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan Ketua Penerangan Nasrudin Hassan akan bertanding Parlimen Indera Mahkota menghadapi calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
“Saya hendak umumkan calon pada 19 April ini, tetapi malam ini saya nak berikan keistimewaan kepada Parlimen Indera Mahkota,” katanya di Majlis Amanat Pilihan Raya PAS Pahang di Padang Awam Cenderawasih dekat sini.
“Dia ada ilmu, dia ada kelayakan, boleh bercakap, boleh berhujah, dia tidak boleh duduk senyap di Parlimen.”
Percaturan PAS menyaksikan Nasrudin tidak mempertahankan Temerloh yang dimenangi pada PRU13 dengan majoriti tipis, menewaskan pencabar, Datuk Saifuddin Abdullah dari BN, dengan
perbezaan 1,070 undi. Saifuddin kini bersama PKR dan merupakan ketua sekretariat Pakatan Harapan.
Semalam, Amanah mengumumkan Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Temerloh. Hadi berkata PAS akan meletakkan calon lain untuk mempertahankan Temerloh.
Pada PRU13, calon PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman mempertahankan kerusi Indera Mahkora dengan menewaskan dua pencabar, Adnan Wan Mamat dari BN, dan calon bebas, Ponusamy Govindasamy, dengan majoriti 7,523 undi.
Hadi berkata rakyat akan mudah mendapatkan khidmat Nasrudin jika beliau dipiih sebagai wakil rakyat mereka memandangkan beliau menetap di Indera Mahkota.
“Sebab apa ke sini? Sebabnya rumah di sini,” katanya.
Hadi berkata senarai penuh calon PAS yang bertanding di seluruh negara akan diumumkan 19 April depan. #sumber

Appear first on
Malaysian News
Demikianlah Artikel Presiden PAS Umumkan Nasrudin Hassan "Tanding" Parlimen Indera Mahkota
Sekianlah artikel Presiden PAS Umumkan Nasrudin Hassan "Tanding" Parlimen Indera Mahkota kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Presiden PAS Umumkan Nasrudin Hassan "Tanding" Parlimen Indera Mahkota dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/04/presiden-pas-umumkan-nasrudin-hassan.html
Related Posts :
PPBM : Anwar Bukan Keutamaan Pakatan Harapan
Appear first on Malaysian News
… Read More...
Kit Siang Disaran Tidak Tanding PRU14 Atas Faktor Kesihatan December 29, 2017 AIDCNews1 Comment SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang lebih-lebih lagi atas faktor usia dan kesihatan, susulan pembedahan penyakit kanser yang dihidapinya. Menurut Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Kit Siang patut memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih muda dan bertenaga, selain faktor dirinya sendiri sudah terlibat dalam politik lebih daripada separuh abad. “Beliau pun sudah lama dalam politik, dan bagi saya (beliau) dah tidak relevan. Sepatutnya ditampilkan lebih ramai generasi baru. Tapi sesetengah orang memang susah sikit nak berhenti. “Saya rasa inilah masa untuk berehat, dengan keadaan tak berapa sihat. Bukan Kit Siang saja, mana-mana pemimpin yang sudah tak berapa sihat sangat, tak payahlah,” katanya kepada Antarapos. Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada 19 Disember lalu menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bapanya menjalani prosedur ‘laparoscopic partial nephrectomy’ untuk membuang tumor yang dikesan ketika pemimpin veteran itu melakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Kit Siang, 76, sebelum ini tidak menolak untuk bersara selepas berkecimpung dalam arena politik selama 51 tahun. Beliau juga pernah membayangkan bahawa PRU14 berkemungkinan menjadi medan pilihan raya terakhir untuknya. Beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) pernah mengkritik Kit Siang kerana pemimpin itu kekal menerajui DAP dalam tempoh yang lama, seolah-olah menampakkannya seorang diktator kepada partinya sendiri. “Dalam konteks ini, untuk menolak beliau ketepi mungkin dirasakan tidak sesuai. Tapi bagi saya elok beri kepada pemimpin muda yang lebih bertenaga. Beliau boleh ‘guide’ dari jauh, tak perlu bertanding lagi dan sebagainya. “Namun bagi pandangan orang politik, dia tak boleh tinggalkan legasinya begitu saja sebagainya. Ada perkara yang belum dicapai, dia mahu capai dahulu. Itu yang menyebabkan mereka susah sikit nak berhenti,” kata Mohd Azizuddin –APAIDCNews
SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU… Read More...
[MENAKUTKAN UMNO] video TS Muhyiddin umum Tun M calon PM
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon perdana menteri pilihan parti mereka iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika me… Read More...
VIDEO UCAPAN TUN M di Perhimpunan Agung PPBM
Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Agung Bersatu hari ini mencerita kisah di sebuah 'p… Read More...
PRU 14 : PKR Beri Laluan PPBM & Amanah Lawan PASAIDCNews
PKR dilaporkan telah memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) un… Read More...