Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh MoF, terlibat dalam skandal RM9.4 bilion yang dikaitkan dengan projek Saluran Paip Pelbagai  Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016."
Skandal RM9.4 bilion, di mana bayaran dibuat berdasarkan tempoh dan bukan berdasarkan kerja progresif yang dilaksanakan, telah menyebabkan RM8.3 bilion dibayar atau 88 peratus daripada nilai keseluruhan projek walaupun hanya 13 peratus siap dilaksana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Skandal ini ditemui dalam "Fail Merah" dan disyaki ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd.
"Fail Merah" hanya boleh diakses oleh pihak tertentu dan telah menghalang pegawai dan juruaudit daripada menjalankan tanggungjawab dengan integriti.
"Oleh itu, kerajaan, jika perlu, akan meminta bantuan kerajaan China untuk membantu mengesan aliran dana di China, untuk menyiasat kemungkinan pengubahan wang haram," kata Lim.
Untuk rekod, MPP melibatkan saluran paip petroleum pelbagai produk sepanjang 600 kilometer yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson ke Jitra, Kedah, dengan kos CNY4.53 bilion dan RM2.53 bilion, atau kira-kira RM5.35 bilion.
TSGP pula akan membina saluran paip gas 662 kilometer dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau, dengan kos CNY3.08 bilion dan RM2.14 bilion, atau kira-kira RM4.06 bilion.
Kedua-dua projek bernilai RM9.41 bilion itu telah diberikan  kepada Biro Saluran Paip Petroleum China (CPPB) pada 1 November 2016. Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang juga Pengerusi SSER. Tan Sri Irwan meletak jawatan pada 23 Mei 2018.
SSER berjaya memperoleh