Menurut Abdul Hadi, perkara itu tidak seharusnya berlaku memandangkan negara telah mempunyai Perdana Menteri yang sah, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sehubungan itu, beliau meminta perkara tersebut diperbetulkan supaya tidak menimbulkan keadaan yang bercelaru sehingga boleh membantutkan kelancaran pentadbiran kerajaan.
“Dalam PH, mereka mempunyai banyak parti yang bergabung, ideologi dan pendapat pun berbeza, malah masing-masing juga berebut untuk membuat kenyataan.
“Sepatutnya, kita sudah ada Perdana Menteri, biarlah Perdana Menteri yang membuat kenyataan, sebaliknya apa yang berlaku pemimpin parti komponen dalam PH pula yang membuat pelbagai kenyataan macam merekalah Perdana Menteri, perkara ini tidak betul dan kena perbetulkan,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.